Bila bayi lelakinya, Lukas yang berusia tujuh bulan dibunuh dengan kejam oleh pengasuhnya pada tahun 2013, ibu bernama Heather Clark membuat keputusan untuk mendermakan organ anaknya.

Tindakannya itu amat dihargai bila mana ia menyelamatkan tiga nyawa kanak-kanak. Salah seorang penerimanya adalah Jordan Drake yang ketika itu berusia 18 bulan. Menerima jantung milik anak Heather, sebelum itu dia menghabiskan banyak masanya di hospital kerana masalah jantung.

http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/Feb/10/After-the-loss-of-her-baby-Luk.jpg

Kini Jordan sudah berusia empat tahun dan dalam keadaan sihat tanpa sebarang masalah jantung. Hanya mengenali ibu bapa Jordan setakat di Facebook untuk mengikuti perkembangannya tapi penghujung Januari lalu, Heather mendapat sesuatu yang lebih daripada itu.

Pheonix Children Hospital di Arizona, Amerika Syarikat telah berbesar menganjurkan satu pertemuan antara Heather dan Jordan bersama ibunya. Doktor yang melakukan pembedahan pemindahan jantung antara dua kanak-kanak itu hadir sama dalam pertemuan itu.

http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/Feb/10/Capture.jpg

Mendapat liputan media yang meluas, sebelum dipertemukan ibu Jordan sudahpun kehilangan kata-kata.

"Saya hanya mahu memeluknya sebagai tanda terima kasih tidak terhingga," ujar Gonzalez.

Apabila kedua ibu ini bertemu masing-masing menangis berkongsi kisah sedih dan gembira selepas apa yang berlaku.

Pada pertemuan yang sama, Heather turut diberi peluang oleh doktor untuk mendengar degupan jantung anaknya yang berada di dalam tubuh Jordan. Sebaik diberi stetoskop dan dilekapkan di dada Jordan, air mata Heather terus berhamburan keluar.

http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/Feb/10/heartbeat-5-800.jpg

Buat pertama kali selepas tiga tahun dia mendengar degupan jantung anaknya yang kini milik Jordan.

"Degupannya cukup kuat," katanya menahan sebak sambil tidak melepaskan peluang memeluk dan mencium Jordan.

"Pertemuan ini cukup bermakna. Kisah Lukas didengari dan dia adalah seorang hero biarpun sudah tiada,"ungkapnya lagi.

Sebak membaca kisah ini, semoga ia membantu kempen pendermaan organ di negara kita.


Sumber www.goodhousekeeping.com

Artikel Berkaitan
Anda Mungkin SUka
KOMEN