Bila dengar jenama pakaian Padini dan kasut wanita Vincci, ramai yang ingat ia adalah jenama antarabangsa.

Namun tak ramai tahu, dua jenama tersebut adalah milik dan hasil kerja keras anak tempatan, Yong Pang Chaun dan isterinya, Chong Chin Lin yang tak pernah masuk pun universiti!

Selepas tamat sekolah menengah, Pang Chaun terus merantau ke Singapura pada tahun 1971 untuk belajar selok belok berkaitan dengan dunia tekstil.

Selepas beberapa tahun dia kembali semula ke tanah air dan menghasilkan pakaian wanita dengan jenama Padini.

Isterinya yang dua tahun lebih muda, Chin Lin kebetulan datang dari keluarga yang turut sama menjalankan perniagaan pakaian. Chin Lin yang banyak membantu suaminya itu hingga sekarang.
http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/April/5/padini.jpg

Kemudian kakak Pang Chaun yang paling tua, menyertai perniagaan suami isteri tersebut. Yong Lai Wah sebelum itu adalah seorang pegawai di sebuah pusat membeli-belah.

Akhirnya dengan kapakaran Pang Chaun, isterinya Chin Lin dan kakaknya, Lai Wah, ketiga-tiganya merempuh onak duri dan dugaan dalam perniagaan sehinggalah sekarang apabila jenama Padini bukan saja terkenal di dalam negara, tetapi juga di luar negara.

Kejayaan mereka terus meletup apabila mereka mencipta jenama VINCCI, produk khusus bagi pasaran wanita merangkumi pakaian, kasut dan aksesori lain pada 1986.

Tak cukup dengan itu, mereka membangunkan pula pakaian jenama SEEDS, MIKI, PADINI AUTHENTICS dan lain-lain lagilah.

Siapa sangka semua jenama hebat itu adalah berasal dari Malaysia. Pengasas dan isterinya tak pernah masuk universiti tetapi kecekalan, keazaman dan kesungguhan telah membuktikan tiada yang mustahil untuk berjaya.

Sumber: Facebook Syahril A. Kadir

Anda Mungkin SUka
KOMEN