Beruntung bagi pasangan suami isteri baru yang boleh hidup senang di awal perkahwinan kerana kebanyakan daripada kita tidak sebegitu.

Ramai pasangan yang baru mendirikan rumah tangga diduga dengan kepayahan hidup terlebih dahulu dan tak terkecuali wanita yang bernama Yuyu Zulaikha ini.

Rasanya ramai yang berkongsi cerita serupa dengannya malah mungkin ada yang lebih sukar daripada pengalaman ini.

Kami laki bini, bukan lepas kawen ja terus hidup senang. bayangkanlah yuyu baru habis study 4 bulan, terus kawen. Duit yang ada, terpaksa guna untuk kenduri sendiri, sebab tak nak susahkan bakal suami. Kalau asyik harap duit bakal laki, kejam sangat pulak.

Jadi, lepas ja kenduri kawen, setengah bulan dok rumah kat Langkawi, seminggu dok rumah mak mertua. lepas tu cari rumah sewa paling murah kat Selayang. PALING MURAH ya. tak kisah lah tak dapat rumah idaman pun. memang kami masing-masing sedaq diri, kami usaha untuk susah senang sama-sama.

http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/Jun/2/13310327_10207757938199682_6003574111977836713_n.jpg


Awal kawen dulu, kami memang pernah susah. Susah betoi dan langsung tak share dengan keluarga. besaq rahmat lah tu keluarga dah support selama ni, tak mau menyusahkan lagi.

Kami tidoq pun kat toto (comforter) mak mertua bagi pinjam (la ni toto tu jadi harta. haha). 4 bulan rasanya tidoq atas toto ja. Mana ada katil. tilam pun takdak. Dah hampir setahun, baru la beli katil. orang mai rumah, kena dok bersila. Sofa pun takdak duit nak beli. Pulun juga cari duit lebih untuk beli peti ais, kalau dak, lagi baziq la nak beli barang makan selalu kan.

Nak merungut tu tak mau la. Sapa tak mau kawen ja terus senang kan. Tapi, indahkan perkahwinan tu bila kita sama-sama susah, sama-sama senang.

Jangan lah hampa harapkan bila kawen ja terus senang. Susahlah nak cari laki macam tu, ekonomi la ni sangat tak membantu. yang nak membantu tu, kita lah. Sanggupkan mula hidup dengan dia walaupun keadaan susah. InsyaAllah, bila senang, hampa ingat sangat moment tidoq berbulan atas toto tu (best okay tidoq atas toto).

Sekarang ni, Alhamdulillah sangat, dah nak masuk tahun ketiga perkahwinan kami, Allah permudahkan macam-macam, Allah bagi macam-macam. Dah tukaq rumah, Allah pun dah cukupkan keperluan kami. Kadang, terlebih. Alhamdulillah. Tapi, moment kami time susah dulu, kami takkan lupa. Itu lah buatkan kami sangat erat. syukur.

Saling bantu pasangan/bakal pasangan. jangan bebankan depa dengan macam-macam kehendak kesenangan kita. insyaAllah. bila kita sabaq, semuanya mudah.



Facebook Yuyu Zulaikha

Anda Mungkin SUka
KOMEN