Semua umat Islam pastinya berharap untuk menjejak kaki ke tanah suci Makkah dan tentunya langkah ke sana lebih indah jika diiringi insan tersayang.

Namun kekangan terutamanya wang menyebabkan hasrat untuk membawa keluarga sering tidak kesampaian. Perkara yang sama berlaku pada pemuda ini. Hasrat untuk membawa ibu ke tanah suci sudah tersimpan dalam hati kerana ketakutannya kepada satu
perkara.

Ikuti perkongsian penuh pengajaran dari Khairul Hakimin Muhamad yang kini berada di Makkah bersama ibu dan keluarga tercinta. Ternyata bila kita mahu mendoakan yang indah untuk ibu tercinta, Allah akan membuka seluas-luasnya jalan.

Antara ketakutan saya yang paling besar ialah membawa emak menunaikan umrah. Ini kali pertama untuk beliau. Semasa saya menunaikan umrah pada tahun 2011 bersama isteri, ada seorang pakcik tanya kepada saya, "Pasaipa hang tak bawak mak hang? Dia tu mak hang, hang tau dak?"

Saya tak tahu nak jawab apa waktu itu. Dari situlah saya memang duk berhajat nak bawa emak. Mulalah simpan duit dan beriya jugalah berusaha nak bawa emak ke sini. Namun, ada sahaja nak guna duit tersebut ke sana ke mari dan kau bayangkanlah dari 2011 ke 2016, 5 tahun berlalu begitu sahaja.

Sampailah ramadan baru-baru ini, saya dapat sekali lagi ke Makkah. Seorang diri. Dan di situ berjumpa pula dengan seorang ustaz. Katanya, "Khairul, cuba angkat tangan dan cakap terang dengan Allah taala, Ya Allah aku mahu bawa ibuku ke Makkah, tunaikan Ya Allah dengan cara yang aku paling mampu."

Tup tup lepas 1 minggu pulang, dapat tawaran. Waktu itu belum ada duit. Saya daftar sahaja. Entah macam mana rezeki tak putus-putus hingga hari ini dan alhamdulillah sekarang emak sudah pun menunaikan umrah yang pertama, sekejap lagi emak sudah bersedia nak buat umrah ke-2.

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.598377.1481688038!/image/image.jpg

Senjata yang paling besar adalah doa

Yang saya duk takut selama ini ialah takut tak cukup duit. Rupanya itu semua alat sahaja. Senjata yang paling besar ialah doa dan memohon hajat kepada Tuhan. Sungguhlah, betul doa itu senjata. Dan jika mahu gunakannya, kena specific. Kena betul-betul menjurus ke arah itu. Hebatnya.

Apabila fikir semula, bapa mentua saya kerap cakap apabila diuji, "Doa! Doa! Jangan putus berdoa!" Ya sungguh. Ada kalanya nasihat seperti itu dianggap kecil, namun beri impak yang cukup besar dalam hidup kita.

Begitulah, Siapa yang berhajat, Tuhan akan tunaikan. Terima kasih semua yang mendoakan abah dan emak serta kami 3 beradik di
sini. Alhamdulillah. Kami semua sihat cuma abah sedikit penat sahaja.

Khairul Hakimin Muhammad,
Ajwad Ajyad, Makkah Al-Mukarramah.

SumberKhairul Hakimin Muhammad

KOMEN