Beri bunga, hadiah, buat kejutan, itu adalah sebahagian tanda sayang suami yang biasa kita lihat. Tapi lima perkara yang dilakukan oleh suami ini bukan saja tanda sayang tapi
tanda cinta yang sangat mendalam.

Oleh itu jangan ragu lagi dia memang teman hidup terbaik buat anda. Bersyukurlah kerana menjadi isterinya.


1. Dia mendengar nasihat dan pandangan anda
Apabila kita sayangkan seseorang, pandangan dan kata-kata mereka lebih utama. Nasihat dan pandangan insan tersayang akan diterima dengan hati terbuka.

Sama jua dengan lelaki. Oleh kerana mencintai dan mempercayai, si dia akan mencari anda bila memerlukan bantuan atau dorongan.

2. Dia akan berbincang dan berdebat
Suami akan sentiasa berbincang dengan anda sebelum membuat satu-satu keputusan. Malah dia juga akan berdebat untuk memastikan keputusan yang diperoleh terbaik untuk anda berdua. Perhubungan yang sihat akan melalui dua perkara ini.

3. Dia sanggup ubah fikiran
Sekeras mana pun hati lelaki dia akan sanggup berubah fikiran kerana wanita yang dicintai. Malah sanggup berkompromi untuk satu-satu keputusan yang tidak disukai dan melakukannya dengan hati terbuka.

http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/April/27/couple_telling_parents.jpg

4. Sentiasa mempertahankan anda
Kerana sayang lelaki juga sanggup melepaskan egonya demi mempertahankan anda dalam apa jua situasi.  Kita tidak akan sanggup bertungkus lumus mempertahankan sesuatu yang tiada kepentingan.

Tapi kerana kehadiran anda sangat bermakna dia akan pertahankan dan sanggup membantu anda selagi termampu.    

5. Sanggup melakukan apa saja
Demi cinta dan sayang kita sanggup berkorban, sama juga dengan suami. Dia sanggup mengorbankan kepentingan diri termasuk hobi yang diminati asalkan anda gembira.

Sekiranya anda melihat lima ciri ini ada pada suami, maka hargai kehadirannya tapi jangan pula mengambil kesempatan pada suami kerana sayangnya pada anda.

Sumber www.familyshare.com

KOMEN
Artikel Berkaitan