Dua tiga hari ini foto wanita cantik ini viral di media sosial. Viral kerana dia dikatakan pemilik kilang kayu balak di Kelantan.

Memang ramai saja wanita yang jadi usahawan tapi sebagai usahawan kilang kayu balak agak rare apatah lagi empunya diri secantik ini.

Siapa sebenarnya wanita ini?

Kalau nak tahu, nama usahawan jelita ini Nur Syamimi Shamsudin. Berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang.

 

Orangnya memang business minded, sejak menuntut di pusat pengajian tinggi lagi dia sudah berniaga.

Bukan semata tauke kilang kayu, sebelum itu lagi sudah bertahun-tahun mengusahakan produk sendiri.

Nur Syamimi merupakan pengasas produk kecantikan Belle Vous Resources (BVR). Memang patutlah dia cantik sangat kan!

Tapi untuk yang lelaki tu jangan nak cuba-cuba. Wanita ini sudah berpunya ya. Tengok 'title' tu dulu.

Berusia 25 tahun, kilang memproses kayu ini juga diusahakan bersama suaminya Ali Akmaluddin Ali Zaik. Kahwin muda uols.

 

Sumber:   Nur Syamimi Ali Akmaluddin

 


 

KOMEN