Bagi yang baru menimang cahaya mata dan bayi pula kerap menangis anda boleh mengikut kaedah yang ditunjukkan oleh Pakar Pediatrik daripada Amerika Syarikat, Dr Robert Hamilton ini untuk menghentikan tangisan bayi yang meragam.

Kaedah yang diperkenalkan oleh Dr. Robert ini hanya memerlukan ibu bapa memegang bayi dengan cara yang betul dan si kecil akan berhenti menangis dalam tempoh beberapa saat saja. Menarik kan! 

Ia dibuktikan dalam satu program Challenge The Imposible yang ditayangkan di CCTV China. Video berdurasi hampir tiga minit ini mencabar Dr. Robert menenangkan beberapa orang bayi yang sedang menangis dengan tekniknya.

Video yang dikongsi di laman Facebook CCTV ini juga telah mendapat 5.2 juta tontonan.

Anda yang punyai anak kecil juga boleh mempraktikkan teknik ini tapi pastikan bayi dengan pegang dengan kemas ya.

Secara lebih jelas, begini teknik pegangan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert Hamilton.

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.602266.1482484992!/image/image.jpg

Selamat mencuba.

KOMEN
Artikel Berkaitan