Seorang isteri akan jadi wanita paling bahagia jika memiliki suami yang sangat memahami dan bertoleransi dalam semua aspek.

Apatah lagi ketika ini kebanyakannya turut bekerja membantu ekonomi keluarga. Harus difahami oleh suami bahawa penat bekerja bagi seorang isteri itu  tak jadi masalah buat dirinya jika suami turut sama membantu melaksanakan urusan rumah tangga.

Ini antara toleransi yang didamkan oleh isteri daripada suami yang turut dipraktikkan oleh lelaki bernama Hayat Mohamad.

Dalam statusnya yang dikongsi lebih 16K pengguna Facebook, beliau menjelaskan erti toleransi suami isteri malah menyenaraikan apa yang dipraktikkannya.
 
Toleransi dengan isteri.

1. Isteri saya kadang- kadang pergi gym. Saya izinkan. Saya kata jangan cepat- cepat nak balik. Jangan risau, abang akan beli makanan. Saya tak bebankan dia dengan memasak setiap hari.

2. Isteri saya kadang- kadang pergi Jogging atau Shopping dengan kawan- kawan. Saya izinkan. Saya kata jangan cepat- cepat nak balik. Ambil masa untuk diri sendiri. Kadangkala saya beri duit. Shoppinglah apa yang awak mahu. Kalau dia tak guna duit itu- duit tu jadi milik dia, saya tak mintak balik.

3. Isteri saya kadangkala nak tidur rumah mak ayah dia.Saya izinkan. Kadangkala sampai dua hari. Saya beri ruang dan masa untuk dia bersama keluarga. Saya kata jangan cepat- cepat nak balik. Jangan risau abang akan beli makanan sendiri. Saya tak nak bebankan dia.

4. Apabila saya nak lepak dengan kawan- kawan, saya beritahu isteri. Dia izinkan. Kalau saya lepak sebelah malam, saya akan cuba pulang awal. Kalau saya hendak lepak hingga pagi, awal- awal petang saya dah beli makanan siap- siap dan cadangkan isteri tidur rumah mak dan ayah dia.

5. Saya minat motor. Apabila saya hendak menyertai konvoi, isteri saya akan bersiap untuk balik rumah mertua. Konvoi biasa dua- tiga hari.

Hidup ini penuh toleransi. Kita perlu rancang supaya semua orang hidup dengan senyuman. Setiap orang mempunyai minat masing- masing. Yang paling penting jangan mengabaikan.

Anda bagaimana? Semua bini tak bagi? Sebab anda sendiri tidak memberi.

 

Sumber: Facebook Hayat Muhamad

 

 

 

KOMEN