Berjalan bergandingan bersama pasangan yang dicintai pada hari penyatuan dua jiwa memang cukup membahagiakan. Bukan saja buat pengantin itu sendiri tapi juga tetamu.

Namun Jaquie Gonche,25, yang lumpuh dari leher hingga kaki dan berkerusi roda sejak usia 17 tahun memberikan pasangan serta tetamunya perasaan yang lebih dari itu.

Pada hari tersebut dia mengejutkan kesemua mereka dengan bangkit dari kerusi roda dan berjalan beriringan dengan suaminya.

http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/Ogos/25/0.jpg

Kisah sebelum

Mengalami kecederaan saraf tunjang ketika berenang doktor mengatakan Jaquie tidak mampu berjalan lagi. Tapi dia enggan mempercayainya dan enam bulan selepas itu dia berjaya untuk bangun walaupun belum mampu berjalan. Bagaimanapun selama lapan tahun berikutnya tiada perkembangan positif selain daripada itu.

Sebagai seorang atlet apa yang berlaku pada dirinya memang sukar diterima. Paling payah bila Jaquie  tidak mampu menjalani rutin latihannya. Dia memang berasa putus harapan.

Hinggalah satu masa dia bertemu lelaki idamannya dan merancang untuk berkahwin. Setahun majlis itu Jaquie menetapkan satu misi yang ramai merasakan ia mustahil.

http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/Ogos/25/paralyzed-bride-walks-at-wedding-jaquie-goncher-9-57b2ddc241394__880.jpg

Dia mahu bangun dan berjalan beriringan dengan suami pada hari bahagia itu. Dia mencari semangat untuk kembali membuat latihan. Pernah menangis kerana berdepan kesukaran melakukan latihan paling mudah namun mengingatkan misinya Jaquie berjaya mengatasi perasaan tersebut.

Setahun berlalu pada hari perkahwinannya Jaquie berada di atas kerusi roda diiringi oleh ibu dan juga ayahnya. Tiada siapa yang tahu kejutan yang mahu dilakukan.

Tapi sebaik bangun selepas lapan tahun di atas kerusi roda dan mula berjalan perlahan ke arah suaminya, semua tetamu yang ada terkejut dan sebak.

http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/Ogos/25/2.jpg

http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/Ogos/25/3.jpg

Memori paling manis

Andy Goncher walau pun sudah tahu perancangan isterinya itu juga tidak dapat menahan air mata. Hampir semua yang ada di majlis itu menangis.

Jika sebelum ini dia tidak boleh berdiri lebih daripada 30 minit kerana masalah tekanan darah rendah. Tapi pada hari perkahwinannya dia berjaya berdiri selama hampir 5 jam majlis resepsinya.

Malah sempat menari bersama Andy sekali gus memberi memori yang sangat manis buat seluruh yang hadir pada majlis itu.

http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/Ogos/25/4.jpg

 

Sumber : www.boredpanda.com

 

 

 

 

Anda Mungkin SUka
KOMEN