Siapa tak kenal dengan Harith Iskandar, penghibur dan juga pelawak bertaraf antarabangsa. Tapi isteri yang ada di belakangnya juga tak kurang hebat dan bijaksana.

Siapa sangka isterinya Dr. Jezamin adalah satu-satunya wanita yang berjaya memperoleh Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam jurusan  Kejuruteraan Tisu dan Sel Stem di Universiti Kebangsaan Malaysia setakat ini.

Perkara tersebut dikongsi oleh Dr Jezamine Lim selepas menerima Ijazah Kedoktorannya dalam majlis konvokesyen ke-45 Universiti Kebangsaan Malaysia baru-baru ini.

Harith Iskandar juga turut berkongsi kegembiraan buat isterinya dengan memuat naik status dalam instagram miliknya.

IKLAN

Bagaimana pun menurut Dr Jezamine bukan mudah untuk beliau menamatkan pengajian tersebut yang mengambil masa hampir enam tahun namun suami dan anak-anak menjadi sumber kekuatannya.

Menariknya dalam kepayahan beliau menyempurnakan pengajiannya itu, Dr. Jezamine melahirkan tiga orang anak, menganjurkan dua festival komedi dan membantu suaminya menjadi Manusia Paling Lucu di Dunia selepas menjuarai pertandingan Laugh Factory Funniest Person in the World di Helsinki, Finland hujung tahun lalu. Hebatkan.

IKLAN

Dalam pada itu Dr. Jezamine juga dalam status instagramnya tidak putus mengucapkan terima kasih pada insan-insan yang banyak membantunya menamatkan pengajiannya itu terutama kepada kedua ibu bapa dan ahli keluarganya.

IKLAN

Inspirasi sangat!

Selain itu:  'Recyle' Jeans Lama Kita Jadi Seluar Jeans Anak, Jahit Tangan Pun Boleh

Sumber: Instagram drjezaminelim & harithiskander

 

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI