Orang kata di sebalik kejayaan seseorang lelaki itu, ada wanita yang hebat di belakangnya. Sesuai sangatlah dengan situasi pelakon, Ako Mustapha. Baru-baru ini di laman instagramnya, Ako telah memuat naik gambar dirinya yang terbaharu.

 

Isteri Pantau Makan, Paksa Bersenam! Hasilnya Ako Mustapha Hilang 20KG

Ako bersama isteri, Kartina, dan anak, Mikael Iskandar.

Hilang 20 kilogram

Tampil dengan saiz lebih kecil berbanding dulu, kapsyen gambar itu turut menyebut inilah hasil penangan isterinya. Daripada 89 kilogram, kini berat badan Ako hanyalah 70 kilogram saja. Wow!

 

IKLAN

Hasil from my wife jamu.. from 89kg now 70kg. @tinamustapha

A post shared by Ako Mustapha (@akomustapha) on

Isteri nak Ako kurus

Kata Ako, isterinya, Kartina Abdullah tegas nak dia tampil lebih kurus. Kenalah bersenam dan amalkan diet sejak dua tahun lalu.

Kartina dikatakan memantau apa saja yang akan dimakan dan paksa Ako bersenam. Semuanya demi kesihatan yang lebih baik.

 

IKLAN

Penampilan Ako di rumah terbuka pelakon Zarina Zainuddin baru-baru ini. Memang kecik habis.

 

IKLAN

Isteri Pantau Makan, Paksa Bersenam! Hasilnya Ako Mustapha Hilang 20KG

Penampilan Ako suatu ketika dulu.

 

Tahniah Ako Mustapha. Semoga lebih sihat dan terus ada dalam industri seni tanah air.

 

Sumber: Instagram Ako Mustapha

Selain itu:  Air Rendaman Kurma, Cara Berkesan Singkirkan Toksin & Turunkan Berat Badan
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI