Hebat sungguh dugaan buat lelaki ini. Dia menerima kelahiran cahaya mata yang ditunggu namun pada masa yang sama perlu redha dengan takdir pemergian isteri tercinta.

Bertarung dengan penyakit Pancreatic Neuroendocrine kanser sejak Jun 2016 isteri tersayang Nuha Najiyah bagaimana pun sempat menghadiahkan seorang puteri sebagai zuriat pengganti dirinya sebelum menghembuskan nafas terakhirnya 6 April lalu.

Nuha yang juga seorang doktor melahirkan bayinya pada Februari lalu pada usia kandungannya 31 minggu. Namun dia hanya sempat dua bulan menatap wajah puterinya sebelum menutup mata buat selamanya.

Puas dapat jaga isteri dari awal hidap kanser hingga akhirnya

Alhamdulillah bayi yang dinamakan Ayfa Naureen sihat sempurna dan kini menumpang kasih pada ayah dan juga ahli keluarga lain.

Sebagai suami tak dapat dinafikan pemergian isteri meninggalkan ruang yang cukup besar di dalam hati Ahmad Fadhli Osman. Tapi dia redha dalam masa yang sama puas kerana sempat menjaga isteri sejak awal disahkan mengidap kanser hinggalah ke hembusan nafas akhirnya.

Perkara itu diluahkan dalam satu status di laman sosial Facebook miliknya selain menceritakan detik akhir bersama isteri yang mendapat perhatian ramai netizen yang bersimpati dengan dirinya.

I nak tidur, I penat sangat…

Pagi Jumaat 30 March jam 8.53 pg. Dr menjalankan procedure untuk intubate dan sedate Nuha. Nuha bernafas laju drpd jam 10 malam smpai pg. Restless smpai tak boleh tido.”I nak tido…I nak tido… I penat sangat” kata dia. Sebelum diintubate sempat ak pesan kepadanya “sayang selawat sayang, zikir, mengucap”. Itu adalah kali terakhir Nuha dalam keadaan sedar sebelum ditidurkan.

Setelah seminggu dimasukkan ke ICU, pagi Jumaat 6 April jam 8.18am nuha menghembuskan nafasnya yg terakhir. Tidurlah sayang. Tidurlah berehat. You have gone through a lot. Ak yang melihatnya setiap hari pon tak tahan inikan kamu yang sendiri mengalaminya.

Kuat sungguh sayang. kadang ak ada cakap “you tau tak u ni kuat. tak semua orang mampu menanggungnya even myself i doubt it”. Semoga Allah gantikan segala kesakitan dan kesabaran yg sayang alami di dunia ini dengan ganjaran syurganya. Amiin.

Puas dapat mandikanmu dan menyambutmu di liang lahad

Ak sentiasa mendoakan kesejahteraan kamu di sana. Ayfa juga bila sudah besar dan pandai berkata-kata nanti Allahumma firlaha warhamha waafiha wa’fuanha

Alhamdulillah aku puas sebab dpt berada disamping dan menjaga kamu drpd awal2 diagnose hinggalah ke hembusan nafas terakhir. Ak juga puas sebab dapat memandikanmu dan menyambutmu di liang lahad. Aku redha tapi ak hanyalah insan biasa, punya rindu dan punya kesedihan.

Alhamdulillah ramai dtg menziarahi kamu, mendoakan dari jauh dan dekat. Alhamdulillah kamu disolatkan oleh jemaah solat jumaat dan Alhamdulillah kamu dikebumikan di hari jumaat, penghulu segala hari.

Alhamdulillah juga sejurus selepas selesai pengebumian dan bacaan talkin hujan pon turun dengan lebatnya ibarat turut menangisi pemergian kamu. Umi Ayfa seorang yang hebat dan kuat. Al-fatihah.

Menurut Fadhli sepanjang bertarung dengan penyakit kanser, arwah isteri telah melakukan enam kali rawatan kemo terapi. Malah seminggu selepas bersalin dia melalui tiga kali siri kemoterapi sebagai rawatan penyakitnya.

Namun ketentuan Allah SWT, dia pergi sebelum sempat sembuh. Sama-sama kita doakan rohnya ditempatkan di kalangan penghuni syurga.

-Vanillakismis

Sumber: Ahmad Fadhli Osman

 

 

 

Tinggalkan Komen

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: