Bulan puasa ni ramai yang berharap berat badan turun, maklumlah kurang makan, waktu berbuka dan sahur saja. Tapi kalau tak kena caranya walaupun kurang makan berat takkan turun jugak makin naik ada.

Buat korang yang nak turunkan berat badan 5-10kg bulan puasa ni sampai boleh pakai baju kebaya kenalah ikut cara pemakanan dari Norafiza Mahmud ni. Anak tiga tapi badan maintain langsing uols.

Bestnya dia sertakan sekali dengan jadual makan,senang kan!

Boleh turun 5kg-10kg, takde hal

Ini jadual diet sepanjang Ramadhan. Boleh pakai kebaya saiz S raya ni. Jom buang 5kg-10kg. Apa ada hal!

Jadual Diet Untuk Buang 5KG-10KG Sepanjang Bulan Puasa

Jadual Diet Untuk Buang 5KG-10KG Sepanjang Bulan Puasa   Jadual Diet Untuk Buang 5KG-10KG Sepanjang Bulan Puasa Jadual Diet Untuk Buang 5KG-10KG Sepanjang Bulan Puasa

Jadual Diet Untuk Buang 5KG-10KG Sepanjang Bulan Puasa

 Jadual ini tidak di pengaruhi oleh gula, garam, santan ataupun minyak yang tinggi.  Kau orang boleh rasa garam di dalam sambal belacan atau air asam. Juga merasakan gula di dalam jus buah-buahan.

IKLAN

Alamak, takda kueh langsung ke?

Ye, dalam menu ni xda kueh langsung. Tapi kau orang boleh memilih 1 atau 2 jenis setiap kali berbuka dengan kuantiti 2 ketul sahaja. Jika kau orang memilih nasi maka, terpaksa meninggalkan kueh.

Jika memilih kuih, lupakan nasi untuk hari itu. Alasannya adalah, kau orang perlu set jadual makan dan memilih yang mana perlu. Ala bukan tiada hari esok untuk makan.

Jadual Diet Untuk Buang 5KG-10KG Sepanjang Bulan Puasa
Ini gambaran berapa banyak nasi yang perlu kau orang ambil. Malas la nak tipu kau orang. Sebenarnya kalau memang nak betul betul slim memang perlu elakkan nasi.

 

Jadual Diet Untuk Buang 5KG-10KG Sepanjang Bulan Puasa
Ini mangga susu + yogurt. Ala murah sangat mangga ni. WAJIB mencubanya. Sangat sedap.

Cik oya, kenapa perlu 15 Minit bersenam?

Nak bersenam atau mengeras rumah atau apa pun yang mampu memberi signal “berpeluh”. Cara ini dapat memenuhi keperluan 8 gelas sehari dalam tempoh berpuasa.

Jadi, masak ikan, udang dan sotong mahupun sayur menggunakan apa?

Gunakan “non stick pan” dan ⅓ sudu makan “butter”. Sama ada untuk memasak barang basah atau sayuran. Butter sudah cukup untuk memberi rasa sedap.

IKLAN
Selain itu:  Badan Jadi Ringan, Cergas Buat Kerja Rumah! Kelebihan Air Rebusan 4 Rempah. Sesuai Untuk Ibu Bekerja
Jadual Diet Untuk Buang 5KG-10KG Sepanjang Bulan Puasa
Semua grill. Udang, sayur dan tauhu. Masuk dahulu udang bersama butter, Kemudian angkat udang yang sudah masak. Masukkan pula sayur tanpa menambah butter. Kemudian, grill pula tauhu tanpa menambah butter.

 

Jadual Diet Untuk Buang 5KG-10KG Sepanjang Bulan Puasa
Best for penghadaman. Buah naga.

Cik oya, kenapa berbuka tiada nasi

Percayalah, berbuka tanpa nasi dapat mengembalikan tenaga yang hilang. Malah, kau orang akan lebih segar dan cergas. Nasi hanya akan melemaukan aktiviti selepas berbuka.

Boleh ke saya hendak minum ais?

Boleh. Awak taruk beberapa ketul ais di dalam jus epal, jus timun dan sebagainya. Pastikan semua jus bebas daripada campuran gula.

Jadual Diet Untuk Buang 5KG-10KG Sepanjang Bulan Puasa
Untuk menu yang ini, masak dahulu tauhu bersama hujung sudu butter. Kemudian sayur dan tempe. Kemudian baru grill ikan. Ini untuk mengelakkan hanyir ikan bercampur dengan sayur.

 

Jadual Diet Untuk Buang 5KG-10KG Sepanjang Bulan Puasa
Ini jus apple dan peria. Kau orang boleh sahaja membuat apa apa jus buah. Cuma di larang memasukkan gula. Itu sahaja.

Bila masa yang sesuai untuk minum tea detox?

Tea detox start dari awal berbuka. Sepanjang sebelum tidur wajib minum. Ini akan memberi kesan optimum untuk slim. Kulit juga akan cerah di pagi raya.

IKLAN

Boleh ke tahan lapar kalau tak makan nasi?

Boleh sayang. Pakai je bengkung setiap hari. Gunakan bengkung biasa. Ala, rm25 je di lazada. Bengkung ini untuk support tulang belakang, kurangkan rasa lapar. Ini bukan bengkung untuk “shaping” ok.

Kalau ada soalan atau kemusykilan dengan diet ni boleh saja ke Facebook Norafiza Mahmud, Mother of 3.

 

Sumber: Norafiza Mahmud

 

 

 

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI