Kita sangka wanita bekerja punya rutin yang cukup memenatkan, maklumlah selesai bekerja sambung pula tugas di rumah.
Tapi hakikat sebenarnya wanita yang tidak bekerja atau menjadi suri rumah sepenuh masa adalah lebih memenatkan.
Menurut kajian terbaru tugas seorang suri rumah adalah 2.5 kali lebih berbanding pekerjaan sepenuh masa yang lain.
Tinjauan melibatkan jadual mingguan 2,000 ibu di Amerika Syarikat yang mempunyai anak berumur antara 5 hingga 12 tahun.
Secara purata, kerja seorang suri rumah bermula seawal jam 6.23 pagi, lebih awal daripada kebanyakan pekerja lain memulakan hari mereka.
Sementara tugas harian mereka, sama ada berkaitan pekerjaan atau penjagaan anak hanya selesai jam 8.31 malam.
Ini bermakna seorang suri rumah bekerja 14 jam sehari atau secara purata 98 jam seminggu.
Kajian yang dijalankan Welch’s sebuah syarikat jus di United Kingdom pula mendedahkan, suri rumah hanya mempunyai 1 jam 7 minit untuk bersendirian atau melakukan sesuatu untuk diri sendiri.
Waktu tersebut dikategorikan lebih sedikit berbanding waktu rehat tengah hari dalam sektor pekerjaan yang lain.
Laporan The Independent pula mendapati 40 peratus golongan ibu merasakan mereka didominasi oleh senarai tugas yang tidak pernah berakhir.
Sumber: Astro Awani
Lelaki Ini Kongsi 5 Teknik Bagaimana Ibu Bapa Jepun Didik Anak Supaya Anak Cepat Pandai
Rakyat negara matahari terbit atau Jepun sememangnya terkenal dengan sikap rajin, berdisiplin dan bijak. Sudah tentu ajaran dan didikan dari ibu bapa mereka semenjak kecil menjadi pendorong utama kepada tumbesaran anak-anak yang bijak.
Perkongsian tip Bagaimana Orang Jepun Mendidik Anak Mereka? dari Baharuddin Mohamed di laman Facebooknya sangat menarik untuk dijadikan panduan dalam mendidik anak-anak.
1. Teknik Rangsangan Otak
Mereka menggunakan teknik merangsang otak kanan. Otak kanan adalah lebih kreativiti, otak kiri adalah cenderung kepada kira-kira dan fakta.
Bila anak kita mula nak tidur ayam, cakap pelahan pada mereka ” mama sayang adik , adik anak yang hebat”. Berikan perkataan yang positif pada mereka. Anak-anak ini akan menyimpan memori imaginasi.
2. Marahlah, tapi jangan tengking
Jangan marah dengan menengking anak-anak kerana semuanya akan disimpan melalui otak kanannya. Orang kita selalu dengar perkataan “jangan” , jangan itu, jangan ini….sehingga anak-anak itu takut mencuba perkara yang baru. Akhirnya sampai besar mereka sukar bercakap di khalayak.
3. Biarkan mereka bermain
Biasakan anak bermain warna dan melukis dikertas, bermain tanah liat, menggunting kertas. Biarkan mereka conteng kerana proses ini merangsang otak kanannya.
Ada kajian yang menunjukkan penggunaan penyepit ketika makan oleh bangsa Cina dan Jepun membolehkan menambah rangsangan pada otak kanan anak-anak.
Tak salah ikut benda yang baik. Kayu penyepit sebenarnya mengaktifkan kerja tangan sekaligus merangsang otak kanan anak-anak ini.
4. Teknik imaginasi
Isteri saya selalu menggunakan teknik imaginasi. Perasan tak anak kita selalu cerita perkara dalam imaginasi nya. Layankan. Selalukan bercerita dengan mereka dan minta mereka sambungkan cerita itu. Cerita itu akan jadi merapu dan mengikut imaginasi mereka. Sebenarnya baik untuk melatih otak kanan mereka.
5. Teka-teki
Satu teknik lagi adalah selalu bermain teka-teki atau masukkan barang dalam kotak dan minta dia teka apa barang dalam kotak itu. Membuatkan mereka mula berfikir dan mengaktifkan otak kanan.
Jika selama ini kita mungkin tidak pernah melakukan perkara diatas, mulai hari ini boleh mula amalkan dan lihat bagaimana reaksi anak. Jangan marah-marah anak kerana mereka dalam proses mengenal dan belajar, jadi why so serious? Semoga bermanfaat.
Sumber: Facebook Baharuddin Mohamed
Bakal Jadi Ibu Selepas 10 Tahun Menanti. Luahan Sayu Isteri Adam Corrie; ‘Kebahagiaan Bukan Terletak Pada Adanya Zuriat’
10 tahun menanti zuriat, pernah tiga kali keguguran demikian dugaan untuk Fazeema Fuad dan suaminya Adam Corrie.
Namun begitu ramai kagum dengan semangat pasangan ini keduanya yang positif dalam menerima setiap ketentuan Tuhan. Malah sikap keduanya juga menjadi motivasi kepada wanita dan juga pasangan suami isteri yang belum lagi dikurniakan zuriat.
Seperti entri terbaru yang dikongsi oleh Adam Corrie di laman instagramnya. Bakal bergelar ibu pada usia 40 tahun tak lama lagi namun pesan Fazeema kebahagiaan itu bukan terletak pada adanya zuriat sebaliknya ia perlu dibina sendiri dalam diri kita.
Saya minta izin dgn bidadari saya utk repost post dia. Dengan isteri pon nak kena minta izin? Mestilaa .. itu namanya saling hormat menghormati . IG dia private@Puan_Fazi_fuad
#adamcorrie #adamfazi #BakalAbah .
.
“Setiap orang ada masalah… Tukarkan masalah itu sebagai ujian dan hadiah dari Allah utk kita sebagai hambanNya.
.
Jangan terlalu beratkan fikiran kita.
.
Setiap yang berlaku ada hikmahnya.
.
Ramai yang mengadu, mereka sedih kerana tiada anak, ada penyakit dan sebagainya..
.
Kebahagiaan bukan terletak pada adanya zuriat. Kebahagian itu sendiri perlu di bina dalam diri kita. .
Kalau dulu bujang… sedih tak kahwin. Bila dah kahwin… sedih pula tak dapat zuriat lagi…
.
Ujian sentiasa dtg dlm hidup kita, ia tak akan behenti selagi kita hidup menjadi hambaNya.
.
Sedih kita mengadu dgn Allah
Minta pertunjuk dgnNya.
.
Kita rasa kita keseorangan? Kita tak pernah keseorangan .. cuma kita kadang2 lupa yang Allah sentiasa ada utk kita.. malah kita yang selalu lupa akan Allah .
.
Bahagiakan diri kita dahulu.. baru kita boleh bahagiakan orang lain…
Bila kita sentiasa nampak ceria.. suami kita pon akan turut gembira…
Kalau kita selalu tunjuk pancarkan aura negatif. Rumah kita turut suram…
Jangan sedih .. Allah kan ada ❤sentiasa ada utk kita semua ❤
private ig
.
#bakalIbu40tahun
#hadiahSelepas10tahun “
.
Jgn samakan bidadari saya dgn sesiapa ya.
A post shared by Adam Corrie (@adamcorrielee) on
Setiap kejadian Tuhan itu ada hikmahnya. Semoga perkongsian isteri Adam Corrie ini memberi semangat buat pasangan yang masih lagi menanti zuriat.
Sumber: adamcorrielee
Mak Rajin Vs Mak Malas, Wanita Ini Kongsi ‘Kebaikan’ Jadi Ibu Yang Malas
Mula-mula membaca perkongsian dari Suhaili Ikhsan ini memang rasanya kita perlu jadi ibu yang rajin. Ya lah untuk kesenangan anak-anak dan juga contoh buat mereka.
Tapi bila selesai membaca perkongsian CEO ABS Education rasanya elok juga kalau ibu-ibu jadi mak yang malas. Malah ramai juga netizen terutama kaum ibu berpandangan yang sama.
Untung jadi mak malas…
Anak pandai berdikari
Ada betulnya juga jadi mak malas ini ada kelebihannya untuk anak. Tapi jangan sampai over ya!
Sumber: Suhaili Ikhsan