Ramai yang nak kurus atau berdiet dan memilih mengelak dari makan nasi, sebaliknya mengambil roti sebagai pengganti.

Hairannya dah lama mengamalkannya tapi berat tak jugak turun makin naik adalah. Ha inilah silap ramai yang sedang berdiet.

Makan roti boleh tapi kena tengok kadar Gycemic Index pada yang tertera pada bungkusan roti. Tapi kebanyakan kita tak buat begini. Kita terus ambil roti yang biasa kita makan.

Apa itu Glycemic Indeks yang ada pada roti dan apa kaitan dengan kenaikan berat badan? Perkara ini diterangkan oleh Dr Malinda Health & Beauty Academy dalam satu perkongsiannya yang tular di Facebook.

Dr Malinda juga ajar macam mana nak tengok kadar GI ini pada bungkusan roti. Jom perhati!

Tak semua roti sama

Ramai yang nak diet dan memilih roti sebagai pilihan tetapi tahukah anda tak semua roti tu sama?

Saya ingat lagi bila saya bawakan bekal untuk anak ke sekolah dengan roti wholemeal, ada kawan-kawan sekolah dia gelak dan kata : ‘Kenapa ibu kau bawakan roti orang kencing manis nih?’ Hihi

Ok gak sebenarnya sbb at least mereka aware perbezaan roti dan untuk kesesuaian penggunaan. Ok, simple je saya nak share satu tip: Jika anda nak mula diet dan nak mencari roti yang lebih sesuai, pilih roti berdasarkan Glycemic Index.

Apa itu Glycemic Indeks?

Glycemic Index (GI) atau Indeks Glisemik ini adalah ukuran relatif bagaimana sesuatu jenis makanan yang mengandungi karbohidrat itu memberi kesan kepada tahap gula dalam darah.

Mudah je, hanya ingat —> Lebih tinggi nilai GI bermakna lebih lebih pantas makanan tersebut diproses dalam badan dan tahap gula akan mencanak naik dengan cepat.

Secara kasar, makanan yang manis dan terproses biasanya mempunyai GI yang tinggi dan perlu dielakkan jika anda nak turunkan berat badan mahupun nak mengawal tahap gula dalam darah.

Tetapi jangan terpedaya kerana tidak semua yang manis tu mempunyai GI yang rendah, sebab tu kena prihatin sedikit dengan jenis makanan dan nilai GI makanan tersebut.

Kena pilih GI paling rendah

Glycemic Indeks ni diberi dari skala 1 hingga 100 dan di kategorikan kepada 3 kumpulan:

GI Tinggi : 70-100

GI Sederhana : 56 – 69

GI Rendah : 0 – 55

So bila pilih makanan, kena belek skit label kat belakang. Tengok Nilai GI yang diberikan dan pilih makanan GI rendah paling ok, GI Sederhana still better berbanding GI tinggi.

Mantra mudah yang saya selalu kongsikan pada peserta-peserta di Slimming Masterclass ialah ‘Gula Meningkat, Insulin Meningkat dan Lemak akan Terperangkap!’

Roti putih tak dilabel putih dengan nilai GI. Cuba anda cari nilai GI roti putih dan share di ruangan komen.

-Dr Malinda

Sumber: Dr Malinda Health & Beauty Academy

 

 

 

Tinggalkan Komen

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error: