Pelakon Zizie Izette selamat melahirkan cahaya mata pertamanya semalam. Zizie dan suami, Datuk Bung Moktar Radin yang juga ahli Parlimen Kinabatangan menerima anak kembar lelaki. Syoknya!!!

Berita gembira ini dikongsi oleh Zizie dalam laman instagramnya petang ini.

IKLAN

“Saya jangka akan bersalin pada hari ini tapi mereka keluar lebih awal melalui pembedahan semalam, 29 Disember pada jam 5.48 pagi dan 5.50 pagi, dengan berat 2.74kg untuk bayi pertama dan 2.78kg untuk baby kedua. Alhamdulillah mereka sihat.”

Demikian tulis Zizie, dalam status di instgram miliknya. Dalam pada itu suaminya Datuk Bung Moktar  turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang telah mendoakan.

IKLAN

Status yang dimuat naik oleh pasangan ini turut dihujani ucapan tahniah daripada peminat dan juga netizen. Zizie bergelar ibu pada usia 39 tahun selepas hampir lapan tahun mendirikan rumah tangga dengan Datuk Bung Mokhtar.

Seronoknya dapat baby kembarkan.

IKLAN

Sumber: instagram Zizie Izette & Bungmoktar

 

 

Selain itu:  Tolak Tradisi Warna Baju Pengantin, Shila Amzah Pilih Gaun Hitam Untuk Busana Resepsi
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI