Ramai yang kagum dengan transformasi Amber Rachdi gadis berusia 24 tahun ini. Dari berat 300kg dia berjaya mengurangkannya hingga separuh, dengan berat terkini 119kg.
Kalau nak tahu usaha Amber untuk menurunkan berat badannya bukanlah sekejap dan mudah. Dia mengambil masa selama tiga tahun untuk melakukannya.
Kisahnya mendapat simpati dan menjadi tumpuan ramai selepas terlibat dalam satu program TV, My600lb Life pada tahun 2014 bila dia menjadi salah seorang peserta program realiti menurunkan badan.
Amber mengalami masalah ketagih makan serius yang membuatkan dia tidak mampu mengawal pemakanannya.
Walaupun berasa takut dengan jumlah makanan yang diambil namun dia gagal mengawal diri dari berhenti makan walaupun sudah kenyang.
Mengalami masalah obesiti sejak usia lima tahun, berat badannya ketika itu sudah mencecah 72kg dan ia bertambah dan terus bertambah.
Tidak diketahui puncanya, tapi kebanyakan lemaknya lebih jelas di bahagian kaki menyebabkan dia sukar berjalan. Dia juga hanya boleh berdiri selama beberapa minit.
Namun sejak kisahnya disiarkan dalam program realiti itu pada 2015, kehidupannya berubah 100 peratus.
Ia juga mengubah diri Amber dari wanita yang kecewa kepada gadis penuh keyakinan diri dan cantik!
Sebagai permulaan program itu dia melakukan gastric by pass surgery atau pembedahan pintasan gastrik dan diberi panduan pemakanan yang khusus.
Kesan pembedahan dan juga pemakanan itu saja cukup besar buat gadis ini. Namun perubahan yang besar buat Amber bila di dia dipindahkan ke Houstan, Texas agar berada dekat dengan pakar yang memantau perkembangannya Dr Younan Nowzaradan.
Pembedahan yang dilakukan, pemantauan pakar, dan terapi yang dijalani Amber membuatkan dia berubah sepenuhnya menjadi gadis yang baru, cantik dan sihat.
Dia berjaya menurunkan 181 kg dari berat badan asal 300kg dengan berat terkini 119kg. Hebatkan!
/vanillakismis
DIY Mini Playground Untuk Anak, Lebih Selamat Anak Pun Tak Bosan
Ramai ibu bapa kini yang risau untuk melepaskan anak-anak keluar bermain di luar rumah. Bukan saja bimbang penularan Covid-19 tapi juga risau tentang jenaya yang boleh terjadi. Jadinya seharian mereka akan duduk dalam rumah.
Tak dinafikan anak kebosanan. Jadi ibu bapa mungkin kena ada usaha untuk memberi kecerian pada anak yang terkurung dalam rumah.
Salah satu yang boleh dilakukan adalah mengadakan mini playground. Boleh ambil sedikit ruang di luar rumah untuk anak bermain dan berpeluh seperti yang dilakukan oleh Amalina Sapari.
Bagi yang berminat nak buat, boleh jadikan perkongsian beliau sebagai panduan.
DIY mini playground dalam pagar rumah
Just sharing our mini playground. Saya share gambar before after. Asalnya luar rumah fully tiles. Kami gunakan artificial grass/rumput tiruan. Memang terbaik!
Untuk lantai kami guna 40mm extra uv protection. Memang sesuai untuk outdoor. Rumput tebal lembut sedap dipijak. Untuk dinding kami guna 10mm. Just nice untuk grass wall.
Jadi la playground comel untuk anak-anak bermain musim PKP ini.
Ini gambar sebelum projek DIY
Sedikit info tentang artificial grass yang saya guna, rumput tiruan Aqsa adalah kalis air, sama sekali tidak menyerap air atau menyebabkan air bertakung dan direka khas berliang supaya air boleh mengalir secara langsung melalui permukaan rumput sintetik dan terus ke permukaan yang berada di bawahnya.
Untuk outdoor carpet, boleh untuk digunakan untuk kawasan yang terdedah kepada cahaya matahari dan diluar rumah. Mempunyai UV Protection yang lebih tahan. Klik SINI untuk link rumput tiruan.
-Mempunyai 2 tahun waranti WARNA secara PERCUMA
-Kos untuk rumput dalam RM1.2k.
Dah siap pasang rumput tiruan boleh beli mainan anak yang bersesuaian. Disertakan link untuk mudahkan rujukan.
-Trampolin (klik SINI untuk link)
-Playhouse (klik SINI untuk link)
-Buaian dan gelongsor ( klik SINI untuk link)
Semoga bermanfaat.
Sumber: Amalina Sapari.
10 Perkara Kita Kena Buat Bila Usia Cecah 30 Tahun
Satu kajian telah dilakukan oleh satu laman web Quara mengemukakan satu persoalan kepada mereka yang berusia 50-an. Mereka bertanya apa yang sepatutnya mereka akan lakukan pada usia 30 tahun agar dapat menikmati hidup di usia tua.
Kebanyakan mereka memberikan jawapan yang sama seperti di bawah ini. Jadi bagi anda yang berusia 30 tahun tak kira wanita atau lelaki ambil nasihat ini kerana ia memang ada benarnya.
1. Simpan duit
Walau pun sikit. Memang kedengaran seperti nasihat biasa tapi pada usia ini karier selalunya sudah stabil, jadi jangan bazirkan wang gaji dengan perkara tak berfaedah. Anda dah matang.
2. Perbaiki hubungan keluarga
Walau pun ada sikap adik beradik yang anda tak suka tapi anda harus belajar menyayangi mereka. Ikatan keluarga paling penting. Di saat orang lain menentang anda, keluargalah yang selalunya memberi sokongan.
3. Jangan tangguh impian
Nak mendirikan rumah tangga, sambung belajar, tukar kerjaya sila buat sekarang. Usia dah 30 ok. Jangan berkata nantilah, nanti itu adalah sekarang. Begitu juga impian ke Makkah untuk menunaikan haji, lakukan ketika muda, waktu tubuh sihat dan bertenaga.
4. Berhenti makan benda mengarut
Anda boleh buat banyak duit pada usia 20, 30, 40 dan seterusnya. Tapi anda tak boleh beli kesihatan. Belajar kurangkan makanan segera dan jajan pada usia ini untuk manfaat kesihatan pada usia tua.
5. Bersukan
Mulakan gaya hidup sihat. Jadikan bersukan sebagai salah satu hobi seperti berbasikal, zumba atau sekadar joging. Tolong jangan tambah berat badan ketika ini kerana percayalah anda sukar untuk kembali kurus.
6. Jangan merokok
Ia mahal, bau busuk dan memang penyebab kepada masalah kesihatan. Tolong buang tabiat ini. Makin lama anda dengan tabiat ini makin berisiko kesihatan anda.
7. Pakai krim pelindung matahari
Sinaran matahari secara terus pada kulit antara punca kedutan Sila pakai krim pelindung matahari jika anda tidak mahu kelihatan lebih tua dari usia.
8. Melancong
Keluarlah melihat dunia sejauh mana yang anda boleh dan mampu. Ibarat kata jauh perjalanan luar pemandangan, melancong mampu mengubah cara pemikiran malah sikap diri.
9. Hargai teman
Seharusnya ketika ini anda sudah punya teman ketawa dan menangis bersama. Hargai mereka dan teruskan silaturahim. Sentiasa berhubungan walau tidak bersua dengan mereka kerana inilah teman anda ketika tua nanti.
10. Beli rumah
Sebaik keadaan kewangan stabil pada usia 30-an beli kediaman sendiri agar anda ada tempat yang selesa untuk pulang selepas seharian bekerja. Jika membeli rumah pada usia ini, besar kemungkinan menjelang umur anda 50-an hutang pun sudah hampir selesai.
Perkara terakhir ini sengaja tidak dimasukkan dalam senarai kerana tak perlu tunggu usia 30 tahun untuk melakukannya. Dalami agama, kembali ke pangkal jalan Pencipta kita kerana ajal dan maut mungkin datang sebelum usia 50 tahun.
Sumber: dailymai.co.uk
Foto: Pinterest
7 Perkara Ibu Bapa Kena Faham Tentang Kerenah Anak Lelaki. Perkongsian Dari Ibu 3 Hero
Bagi anda yang punya ramai anak lelaki pasti memahami apa yang dilalui oleh Nik Asma Nmr
Punya tiga anak lelaki dia berkongsi kerenah anak lelakinya yang sedang membesar agar menjadi panduan pada ibu bapa lain juga dalam mendidik mereka.
Cara anak lelaki dan perempuan belajar berbeza
Minggu lepas pegi seminar technic reading by Founder Little Caliph, Teacher Fari. Dia ajar technic cepat membaca dan ajar juga perbezaan anak lelaki dan perempuan.
Sedikit tips nak kongsi utk kita para ibu ayah yg ada anak laki.
Jangan sekali-kali bezakan anak lelaki dan anak perempuan. Beza dari segi kepandaian ke, cara belajar ke, mana lagi pandai ke anak laki ke anak pompuan ke, no no. Jangan bezakan. Cara anak laki belajar pun tak sama macam cara anak pompuan belajar. Totally different.
Meh kita baca kat bawah cara anak laki dengan anak pompuan belajar cemana.
1. Anak perempuan bila balik sekolah, kita tanya dia, belajar apa kat skolah, dia blh jawab belajar lukis bunga, belajar abc, sekian-sekian.
Anak laki kalo kita tanya, dia pun jawab entah. Tak pun dia jawab solat. Semalam tanya jawab solat jugak, kelmarin pon solat jugak. Memang takde belajar benda lain ke, haha. Aku try tanya Hamzah, belajar apa kat sekolah, dia jawab belajar makan. Laaaa patutla besar, belajar makan je kat sekolah ye. Hahahaha
2. Anak laki lebih kepada mechanical function.
Tu yg kalau tengok budak2 lelaki, suka melompat, bergerak, berlari. Kadang kita panggil dia suruh duduk sebelah kita sekejap, dia datang duduk, lepas 5 saat dia hilang. Ini memang nature budak lelaki.
Jangan expect dia macam anak perempuan, duduk diam2, baik2, no no. Boys will always be boys. Masa bergerak tulah dia belajar. Perempuan, masa duduk diam tulah dia belajar. Boys oh boys.
3. Anak yang lahir awal dan akhir tahun berbeza
Anak yang lahir bulan 1 dan bulan 12, atau awal tahun dengan akhir tahun, kita tak boleh compare tahap pembelajaran dia, kerana semestinya yang lahir bulan 1 tu dah banyak progress dari yang lahir bulan 12.
Yang lahir bulan 1 tu by the time bulan 12, dia dah boleh berlari dah, yg bulan 12, baru keluar dari perut maknya, terkebil2 pandang syiling. Botol susu pun tak reti pegang lagi takkan nak compare yang dah berlari dengan yang tak pandai pegang botol susu lagi. Haha
4. Sebenarnya anak laki ni bila belajar dia suka benda bergerak.
Dia suka hands-on(pegang2, experiencing benda tu), suka eksperimen. Tak macam girl, girl ni kita bagi latih tubi pun dia boleh siapkan. Boy kita bagi latih tubi, selalunya tak siap. Tapi endingnya, latih tubi tak siap pun last jadi jugak orang, keje jugak kat sirim, eh sirim tetiba.
Haha kesimpulannya, anak laki ni die bukan tak pandai. Dia pandai, tapi learning method dan teaching method untuk anak laki berbeza dengan anak perempuan. Patutla hanzalah tu suka betul main pasir, kalo mandi dalam bilik air tu, habes die campur ubat gigi ngan sabun shampoo sume(habes duit mami nakkkk). Pak dia kata nak jadi ahli kimia kot.
Suka main campur sume benda. Eksperimen kuat sangat. Mainan elok-elok pun dibukaknya sebab nak amik magnet kat dalam mainan. Takpelah hanzalah, dulu mami ayah tak paham. Dah pegi seminar, barulah paham. Patutlah hanzalah macam tu.
Pengajaran no 4 ni, kita nak didik anak kena ada ilmu. Kalau takde ilmu, tu yang jadi nak marah2 anak, tak paham anak, suka melabel anak nakal, padahal sebab ilmu tak cukup.
Hari-hari doa kat Allah mintak nak anak pandai, nak anak pandai bukan Allah bagi *ting* magic. Terus pandai. Tak, tak, tak. Nak anak pandai, terimalah segala macam eksperimen, cubaan itu ini yang dia akan buat, dan main dalam proses Allah nak jadikan dia anak yang pandai seperti doa yang kita minta. *insaf mok
5. Masa belajar, anak perempuan duduk tepi tingkap takpe
Anak laki, jangan bagi duduk tepi tingkap. Ingat tak tadi, anak laki ni dia suka benda bergerak. Tu yang bila cikgu ajar, dia tak boleh fokus, pasal banyak gangguan tepi tingkap, kucing lalu dia pandang, burung terbang dia pandang, lipas, cicak segala jenis binatang dan manusia yg lalu dia pandang.
Tu yg masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Make sure anak laki kita, bila belajar suruh cikgu letak dia kat depan. Tengah2. Haha skema gitu. *kena make sure sg
6. Ada tak kejadian bila kita menjerit panggil anak laki, dia macam buat-buat tak dengar?
Sebenarnya, bukan dia buat- buattak dengar. Dia memang tak dengar. Rasa macam eh tipu takkan tak dengar. Kuat kot bunyi takkanla tak dengar. Ye mmg dia tak dengar. Kajian menunjukkan anak laki tak boleh dengar bunyi yang berfrekuensi tinggi. Jeritan mak tu frekuensi tinggi la tu.
Kalau suara bapak dia yang garau tu, tak yah jerit pun, laju je dia dengar. Macam mencabar keimanan mak je tau, ingatkan pura-pura tak dengar. So mak-mak kalau nak panggil anak laki, memang kena pegi dekat dia, lalu panggillah baik-baik, nescaya dia akan dengar. Tak caye boleh buat eksperimen. Anak pompuan, rasanya dua-dua dia dengar. Hahahah jerit pun dia dengar, pelan pun dia dengar.
*Girls can hear 10x better than boys. Oh no wonder.
Contoh lagi, kalo anak nangis, lagi yg suara nak dekat sama tu, (laki dan perempuan). Mak-mak boleh tau yang nangis tu yg mana. Patutlah, aku boleh tau suara maira ke uzair yg nangis. Dengar suara sekilas sudah ku tahu uzair yg nangis. Tanya suami kito, dia ada ‘kot2’ maira kot, uzair kot. Haha Takpe yang, saya paham dah.
7. Bila kita marah boys suruh keep quite and sit down.
Cuba perati berapa lama boleh keep quite tu. Mesti kejap je, tiba2 5 saat dia start cuit kawan dia. Teacher fari kata tu memang nature dia. Tak boleh duduk diam. Memang macam tu.
Penah tengok tak budak laki hafal quran macam mana, sambil hafal sambil bergerak, makin lama makin nak tunduk, macam nak sujud dah gayanya ke depan ke belakang.Oh patutla…. kadang tengok sampai heran, semua duk menghafal gaya gitu. Sape penah nampak mesti boleh recall. Hahahaha
Ada lagi, penah tengok tak budak laki solat? Kejap cuit kawan, pastu sambung solat, main tolak guna punggungla, tolak kawan sebelah kiri, tolak kawan sebelah kanan. Sampai rasa eh tak leh solat diam ke.
Budak perempuan elok je solat diam. Pakai telekong elok-elok, ikot setiap step. Budak laki, boring jap keluar saf main lari jap, rakaat nak abes, baru dia masuk saf balik. Takut kena rotan ngn ayah lettew.
Kalau girls, masa makan pun duduk elok je, masa rehat, rehat ngan kawan sama, buka bekal, sit down, lepastu TALK, and TALK, and TALK and TALK seperti tiada hari esok.. haha
Sebab tula para suami, korang kena layan isteri bercakap, sebab yeah, girls memang suka bercakap. Thats their nature like forever. Kalau korang tak layan isteri bercakap, tu yg dorang bercakap di FB tu. KRT dan segala jenis mak nenek tu u name it.
Ok sekian, saja share untuk para ibu yang anak boys ramai macam kita ni. Tc Fari pun anaknya 4 boys, patutlah dia paham sangat.
Lepas seminar, aku telah menjadi ibu yang baru. Hhahhaha. Yang lebih paham nature anak. Tiba-tiba anak bising dalam kete, suruh diam. Diam 5 saat, tiba-tiba dengar dorang gelak terkekek-kekek tengah main cuit. Laaaa memang betol tak boleh duk diam sabo jela. Allah hantar anak2 untuk tarbiah mak ayah apa itu erti sabar sebenar.
Sumber: Nik Asma Nmr