Sejak malam laman instagram dipenuhi dengan perkongsian foto majlis resepsi pelakon popular Fattah Amin dan juga Fazura. Berlangsung di Hotel Mandrin Oriental dengan tema fairytales, ia memang cukup kena dengan pengantin ini.
Dalam majlis yang gah dengan pelamin berkonsep castle dari Rekateemor, Rizman Ruzaimi pula menterjemahkan hasrat Fazura yang mahu tampil bagaikan Cinderella dalam busana yang dikenakan.
Fazura tak dapat dinafikan persis seorang puteri bersama puteranya terutama dalam busana keduanya.
Berikut adalah 20 foto momen indah yang dikumpul dari resepsi mereka semalam untuk menjamu mata anda.
Sumber: shahrizanshafie & rekateemor
Syarikat Pengeluar Susu Jelaskan 3 Cara Untuk Pengguna Kenal Pasti Pek Susu Tiruan Dengan Yang Tulen
Selepas kes susu tiruan satu jenama dilaporkan hingga menyebabkan kejadian bayi terpaksa dimasukkan ke hospital, syarikat pengeluar susu terbabit tampil membuat penjelasan.
Dalam satu kenyataan syarikat terbabit juga turut memberikan tip untuk pengguna mengenali susu tiruan. Berikut adalah kenyataan yang dikongsi di Facebook Enfagrow A+ Malaysia.
Kepada ibu bapa sekalian,
Mead Johnson Nutrition bekerjasama dengan pihak berkuasa Malaysia untuk menyiasat laporan susu formula palsu di Johor Bahru. Pemeriksaan yang di buat di pasaran yang dijalankan minggu lalu ini adalah berdasarkan maklumat yang diberikan oleh MJN dari hasil siasatan syarikat.
Hanya babitkan pek 1.8kg
Hasil pemeriksaan telah mengenalpasti sebilangan kecil produk yang disyaki di segelintir kedai runcit dalam kawasan geografi yang terhad di Skudai, Johor Bahru. Produk yang terlibat ialah Enfalac A+ Langkah 1 pek 1.8 kg (tiga pek foil dalam setiap kotak) – dan hanya dijual dalam sebilangan kecil kedai di Iskandar Puteri, Taman Mutiara Rini, Taman Orkid dan Taman Nusa Bestari. Pemeriksaan yang luas dalam pasaran telah mengesahkan bahawa produk palsu hanyalah di dapati dalam format pembungkusan 1.8 kg dan hanya di kesan dalam kawasan geografi yang terhad ini.
Dalam kerjasama yang kami jayakan bersama pihak berkuasa Malaysia, pemeriksaan di pasaran setakat ini hanya mendapati 210 pek tiruan, tetapi siasatan lanjut masih berterusan bertujuan menghapuskan produk tiruan sepenuhnya. Pihak berkuasa Malaysia telah mengesahkan bahawa mereka akan meneruskan siasatan secara aktif dalam operasi penghapusan susu tiruan dan memastikan pihak yang berkaitan akan didakwa dan dihukum sekeras-kerasnya oleh pihak yang berwajib.
Periksa pek foil
Penyiasatan kami – dan pemeriksaan runcit baru-baru ini – menunjukkan bahawa insiden produk tiruan ini sangat rendah, tetapi kami ingin memastikan pengguna yakin dengan pek produk yang di beli. Cara paling mudah untuk mengenal pasti produk tiruan adalah memeriksa pek foil individu.
Pek tiruan udara kurang, perhati lipatan
Bungkusan Enfalac A+ Langkah 1 yang tulen kelihatan mempunyai lebih udara dalam pek. Manakala pek foil tiruan pula mempunyai udara yang kurang dan serbuknya lebih mampat. Bungkusan mempunyai lipatan tajam yang ketara di kedua-dua belah bahagian sisi nya, manakala lipatan tidak ada pada pek foil tulen, seperti ditunjukkan dalam gambar di bawah.
Sekiranya pengguna menemui pek Enfalac A+ Langkah 1 1.8 kg dengan lipatan tajam pada sisi bungkusan foil dalam produk yang dibeli, sila hubungi talian pelanggan careline Mead Johnson di talian 1-800-88-3585 (Isnin-Ahad 9.00 pagi -9.00 malam) dengan segera untuk mendapat sokongan dan menerima produk gantian.
Sekiranya pengguna mempunyai produk Enfalac A+ Langkah 1 1.8 kg yang tidak lagi dalam bungkusan asal, mereka juga boleh menghubungi kami untuk mendapatkan produk gantian.
Sumber: Enfagrow A+ Malaysia
Suka Sambung Bulu Mata, Gadis Ini Serik Apabila Hampir Buta
Macam-macam cara dilakukan untuk tampil lebih cantik. Misalnya mengenakan kanta lekap pada mata. Warna mata yang hitam bertukar warna kelabu, hijau, biru, coklat dan sebagainya. Begitu juga dengan warna rambut. Rambut asalnya hitam, diwarnakan dengan pelbagai warna pilihan.
Bagi pengguna facebook yang menggunakan nama Nurul Adeline Daud, dia mengakui kerap menyambung bulu mata untuk tampil lebih cantik. Pun begitu, pengalaman yang dilalui baru-baru ini telah membuatkan dia serik.
Status facebooknya 14 jam lalu telah dikongsi ribuan kali. Ramai yang mengambil iktibar daripada kisah itu dan turut ngeri kerana perbuatannya menyambung bulu mata palsu hampir membuatkan dia buta.
Allah Beri Amaran
Jangan kau ubah ciptaan Allah! Sebelum ni aku buat okay je. Tp ni maybe Allah nk bg warning dkt aku?
Sumpah aku takkan buat eyelash extension lg. Separuh buta da aku neyh.
Susah Nak Cabut, Hampir Buta
Lepas 30minit buat aku terus cari vaseline cabut balik. Punya susah nk cabut. Smpai xde bulu mata da aku. Mungkin aku alergik dgn gam dia kot.
Tak Boleh Bukak Mata
Lepas buat extension. Mata merah berair. Pedih. Xleh nk bukak mata.
Bengkak, Berair, Pedih
At the end, abis smua bengkak. Hidung merah. Mata bengkak. Mata berair pedih smpai skarang.
Tuhan Je Tahu Sakitnya
Aku terus beli vaseline dekat sejam aku tenyeh vaseline dkt bulu mata. Sakit tuhan je yg tau sbb nak tarik smua bulu2 tu.
Tak Boleh Bukak Mata, Berair, Sakit
Tak Baik Ubah Ciptaan-NYA
Sumber: Nurul Adeline Daud
Kate Middleton Selamat Lahirkan Anak Ketiga. Ramai Kagum Penampilan Segar Kate Lepas Bersalin
Kate Middleton, isteri kepada Putera William selamat melahirkan anak ketiga mereka pagi semalam, waktu tempatan di Hospital St. Mary Paddington London.
Pasangan yang dikenali sebagai Duke dan Duchess of Cambridge ini menimang cahaya mata lelaki seberat lapan pound menjadikannya anggota keluarga diraja terbaharu Britain.
Tapi menariknya tujuh jam selepas melahirkan puteranya itu, Kate dan Putera William sudah pun membawa keluar bayinya dan memperkenalkannya kepada umum.
Berselimut putih sambil dipeluk erat oleh Kate, ramai yang menunggu pasangan ini untuk melihat sendiri adik kepada Putera George, 4 dan Puteri Charlotte, 2.
Tak macam ibu baru bersalin, siap pakai kasut bertumit
Mengenakan busana merah kolar putih sebenarnya ramai yang kagum dengan penampilan Kate sejurus selepas bersalin.
Beliau dilihat begitu segar dan juga bertenaga tidak seperti ibu bersalin yang lain. Siap pakai kasut bertumit lagi!
Malah akhbar di sana juga turut membandingkan penampilan selepas bersalin Kate dengan Puteri Diana.
Mungkin secara kebetulan, Kate juga turut mengenakan pakaian yang hampir sama dengan Puteri Diana satu ketika dulu selepas keluar dari hospital.
Persis Puteri Diana
Dalam pada itu bayi ketiga yang dilahirkan ini akan menjadi pewaris takhta kelima di belakang abang, kakaknya, Willian dan datuknya Putera Charles.
Sumber & Foto : www.people.com & www.today.com