Selepas dua minggu menimang cahaya mata hari, ini pelakon Fizo Omar dan juga isteri usahawan tudung terkenal Mawar Karim berkongsi gambar anak mereka.

Menamakan anak perempuannya Wan Maryam, bayi yang lahir 29 Disember lalu ini selain ditunggu-tunggu oleh pasangan selebriti ini, kehadirannya sebagai cucu pertama turut dinanti ibu dan ayah Fizo selama empat tahun.

Dalam pada itu perkongsian gambar anak Fizo ini juga mendapat reaksi ramai netizen terutama bila melihat Wan Maryamn memiliki hidung yang mancung.

Satu saja permintaan belum tercapai nak tengok anak Fizo

Assalamualaikum…
Hye smua uncle n aunty kawan daddy n mummy dlm ig n fb ni. Nama saya Wan Maryam binti Wan Hafizol. Hari ni genap 2 minggu umur saya.terima kasih kpd yg mendoakan kami smua selama ini.

Saya nak ucapkan terima kasih byk2 kpd mummy rose @mawar_karim yg 24 jam bersama saya selama 9 bln ni.mummy bertarung nyawa nak lahirkan saya pada 29 dec 2017.saya pulak asyik tendang perut mummy je sebelum ni.sory yea mummy!

4 tahun mummy n daddy tunggu saya dan saya tahu yg paling happy adalah neny saya Pn Faridah dan tok bah saya En Aminuddin sbb saya ni cucu pertama.Tok ma pun happy sgt sbb dia selalu ckp 1 je permintaan dia yg belom capai adalah nak tgk anak Fizo. alhamdllh dengan kehadiran saya ni semoga membawa keberkatan dan menggembirakan semua orang.

Doakan saya sentiasa sihat dan menjadi anak yg solehah.

Mancungnya hidung Maryam

Ini pulak reaksi netizen yang geram tengok hidung mancung Wan Maryam.

Cantik manis, iras Fizo

 

VK nampak muka Maryam ni macam mak dia Mawar. Ha takpelah ikut sapa-sapa pun kan, janji dah ada baby dan Maryam sihat.

Sumber: Fizo Omar

 

Tinggalkan Komen

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: