Masalah tumit merekah dan hitam memang dihadapi ramai wanita. Sampai ada yang sanggup pergi rawatan spa untuk menghilangkannya.
Sebenarnya tak perlu buang duit pun pergi buat rawatan atau beli produk untuk menghilangkan masalah tumit merekah ini.
Buat sendiri saja di rumah seperti perkongsian Siti Norshafika Amran ini. Guna barang dapur saja dan paling menarik dalam masa lima minit saja masalah ini.
Bahan-bahannya
- Lemon atau limau nipis
- Garam
Caranya:
- Potong dan perah limau nipis pada garam, gaulkan sedikit.
2. Kemudian ambil potongan limau nipis tadi, calitkan pada garam dan terus sental pada tumit kaki.
3. Gosok sampai kotoran hilang (boleh juga guna berus gigi terpakai untuk menggosok).
Sebelum
Selepas
Ha bersihkan! Dah tahu cara mudah bolehlah cuba dan share dengan kawan-kawan lain ya.
Sumber: Siti Norshafika Amran
Tip Tanam Kucai Dari Sepokok Sampai Jadi Berpasu-pasu. Pastikan Tak Kena Cahaya Lampu Malam
Pokok kucai antara tanaman yang senang membiak jika betul penjagaannya. Tengok sajalah hasil pokok kucai Rabihah Ahmad ini. Banyak dan merimbun walaupun asalnya satu pasu saja. Beliau juga turut berkongsi cara penanaman kucai yang dibuat dalam pasu saja.
Cara dan tip tanam kucai
Tanam kucai belakang rumah, dalam pasu. Pokok paling berjasa, dah 20 tahun masih setia ngan kita. Dari satu pasu kini berpasu-pasu. Kucai ini saya tanam dari ubi kucai bukan dari biji benih.
Cara tanam kucai
1. Pemilihan tanah pastikan tanah yang peroi. Maksudnya tanah yang tidak simpan air dah mudah gembur. ( Atau boleh juga beli tanah nurseri 6+1 + 20% sabut kelapa + tinja ayam. Gaul sekata).
2. Masukkan tanah dalam polisterin dan tanam ubi kucai. Siram dengan air. Biarkan seminggu, kemudian boleh alih anak kucai ke pasu. (Klik SINI untuk beli ubi kucai di Shopee)
3. Baja pokok kucai sebulan 2 kali. Boleh guna baja organik, jika guna baja kimia tanah mengeras (klik SINI untuk beli baja). Boleh juga guna baja tinja ayam. Ambil segenggam larutkan dalam air dan siram pada pokok kucai.
3. Bila kucai dah terlalu padat, kena rajin biakkan. Terlalu padat dalam pasu nanti kucai tak gemuk.
4. Letak pokok kucai pada pendedahan matahari dari pagi sampai petang. Jangan letak kucai di kawasan ada cahaya lampu malam untuk elak kucai berbunga, nanti daun kucai akan jadi kurus-kurus.
5. Siraman air memadai sekali sehari.
6. Tuai pokok kucai 2 minggu sekali. Jangka hayat kucai lebih dari 5 tahun.
Selamat mencuba.
Sumber: Rabihah Ahmad
Kalau Aircond Rumah Dah Kurang Sejuk, Tanda Filter Penuh Habuk! Ikut Langkah Ini Untuk Bersihkannya
Bila pendingin hawa atau aircon di rumah kurang sejuk, kita biasa akan panggil orang untuk servis bersihkan filter yang selalu jadi punca.
Walhal untuk buat proses tu senang saja. Macam yang ditunjukkan oleh Ahmad Syahril Mohd.
DIY bersihkan filter aircond
Cap ayam je DIY ni, sekadar nak bantu kawan-kawan yang belum tahu.
Bila aircond dah rasa kurang sejuk, maknanya filter tu penuh habuk. Kita belajar bersihkan sendiri. Jom diy!
1. Tarik bahagian ini, kiri dan kanan aircond
2. Keluarkan filter depan, tarik je perlahan-lahan.
3. Sapu guna berus
4. Bersihkan habuk
5. Pasang balik, tolak masuk je.
6. Tolak filter sampai masuk ke senggatan ni
7. Tutup kembali, dah siap!
Selamat mencuba!
Sumber: Ahmad Syahril Mohd
Senang Guna Smart Switch Di Rumah, Kalau Lupa Tutup Suis Boleh ‘Off’ Dari Handphone Saja
Dah keluar rumah, separuh jalan nak sampai tempat kerja tiba-tiba rasa lupa tutup suis kipas. Kadang kala ada masa kita dah syok duduk atau baring di atas tilam terasa malas nak bangun untuk on atau off kan suis kipas, lampu dan sebagainya.
Jika ini situasi biasa kita lalui mungkin tiba masa untuk kita tukar suis di rumah guna smart switch macam yang dipraktikkan oleh Mohamed Saiful.
Antara kelebihan guna smart switch ini adalah kita boleh kawal semua suis di rumah dari lampu, kipas, tv dan sebagainya melalui telefon pintar. Kalau terlupa tutup suis pun tak kalut patah balik sebab kita boleh ‘offkan’ melalui telefon saja.
Kalau rasa malas juga nak pegang phone untuk tutup atau buka suis boleh guna suara saja. Senangkan.
Control suis guna suara saja
Hampir semua suis rumah di tukar pada smart switch. Lepas ni boleh tekan suis dari smartphone atau boleh control suis guna suara sahaja.
Barulah rumah macam Tony Stark punya rumah. Kalau lupa suis sudah di tutup, boleh check dari apps sahaja.
Inilah smart suis yang digunakan
Boleh beli online saja
Ini pula apps Smart Home yang perlu dimuat turun untuk mengawal suis-suis di rumah
Cara penggunaan boleh rujuk video ini
Tapi perlu diingat untuk guna smart switch ini kena pastikan kediaman ada wifi ya. Kalau tak boleh berfungsi le.
Sumber: Mohamed Saiful