Sedih membaca Nazra, kakak salah seorang mangsa korban kebakaran pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah  Khamis lalu iaitu arwah Muhamad Hasrullah bin Ismail, 14.

Ia catatan rindu seorang kakak pada adik yang pastinya tiada bertepi. Dimuat naik dalam instagram @nzraismail luahan Nazra juga dapat simpati netizen.

Terutama bila si kakak menyebut bahawa adik sebenarnya rindu suasana keluarga. Ikuti perkongsian Nazra yang menyentuh hati. Sama-sama kita sedekahkan juga Al Fatihah untuk 23 mangsa yang terkorban.

Masuk Tahfiz Adik Jadi Pendiam, Rindu Suasana Famili. Luahan Hasrullah Sebelum Pergi

IKLAN

Adik, budak manja. Baru baru masuk tahfiz nangis sbb basuh baju sendiri teringat mak. Rindu. Lepastu terus mak tak bagi basuh dahh.

Tiap mggu kak waa & kak lia dtg tgk. Nampak kitorg sampai je bebudak tu excited jerit achoi kakak kau datang. Alahai rindu.

Sampai satu hari adik bagitau kena pindah building baru, sbb nak renovate. Sementara je tp maybe lama. Tak sangka selamanya habis dekat situ. Kak waa tak pernah lawat dah dekat tempat baru ni

IKLAN

Adik cerita sambil nangis

Masuk tahfiz ni adik jadi pendiam, tp kak waa tahu byk benda adik sorok. Tgk air muka adik cuba senyum tp sayu je. Bila tanya adik nangis, baru adik cerita. Hm sbr la dik, dugaan nak tuntut ilmu Allah. Adik rindu suasana rumah dgn family. Hm

Adik tulis no kak waa dkt kertas, demam ke apa adik mesti call kak waa suruh amek. Last raya haji aritu, adik call. “Kak waa esok achoi dah boleh balik amek pagi pagi tau, pkl8 pagi!”

IKLAN

Adik berat hati nak balik tahfiz, asyik tangguh. Balik kerja je adik yg buka pintu. Bila tanya nape adik tak balik lagi? Adik sengih je ckp esok la. Rindu sengih tu ? Dua tiga hari mcmtu. Mlm sblm balik tahfiz, adik gaduh dgn nadhir berebut main phone haha

Selain itu:  Luahan Puteri Sarah Buat Intan Liana "Intan Awak Wanita Kental! Jadikan Apa Yang Berlaku Sebagai Pengajaran, Wanita Kena Belajar Berdikari!

Adik cakap penat nak habis cepat, nak jaga mak

Gaduh punya psl tak tidur dgn nadhir, adik tidur dgn kak waa. Lama kak waa tenung adik kt sebelah, tgk adik tidur & that was the last time i saw you adik. Tak dpt tgk jenazah adik, sbb mak dgn kak lia yg bg dna test je dpt tgk jenazah
.
Last2 kak lia hantar gak adik balik tahfiz, adik ckp adik penat nak habis cepat. Nak balik rumah, nak jaga mak. Berehat lah adik. Berehat selamanya disana ?

Masuk Tahfiz Adik Jadi Pendiam, Rindu Suasana Famili. Luahan Hasrullah Sebelum Pergi
Adik antara yg terawal pergi dulu dlm kebakaran tu. Adik struggle nak lepaskan diri, adik rempuh pintu tp ? Doc yg jumpa jenazah adik, angkat jasad adik yg terkaku depan pintu.
.
Adik teman ayah dekat sana ye, ayah mesti rindu adik. Jumpa abg kita omar juga. Kak waa tahu tak layak, tp adik tolong tarik kami semua sama sama masuk syurga ? Rindu. Kita terpisah di dunia. In Shaa Allah di alam sana kita berjumpa lagi. Terima kasih Allah beri peluang kami sekeluarga luangkan masa bersama arwah, beraya bersama sama utk kali yg terakhir. Adik tetap dalam kenangan, tetap dalam hati kami ❤️

Sumber: nzraismail

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI