Tumpang gembira melihat kebahagiaan Ashraf Muslim bersama dua isterinya Noor Dayana Lokman dan Wan Sakinah Ahmad Saburi. Boleh dikatakan mereka adalah pasangan pologami yang layak dicontohi meskipun satu ketika dulu ramai yang mengecam pelakon ini.

Semalam sempena sambutan Hari Wanita sedunia, Ashraf tidak lupa untuk menitipkan ucapan buat dua wanita yang penting dalam hidupnya.

Manis sungguh kerana tak ramai suami yang membuat ucapan buat isteri sempena Hari Wanita! Malah dia tidak berselindung mengakui betapa dua isterinya membantunya menjadi suami yang lebih baik.

“Mereka adalah wanita yg luarbiasa buatku… sentiasa memahami perjalanan hidupku yg berwarna warni ini. Penguatku dalam ku susah dan senang. Nasihat dan kata-kata mereka membuatku berfikir utk menjadi suami yg lebih baik dan lebih bijak.

IKLAN

“Terima kasih Allah kerana memberi amanah yg besar kepadaku utk pastikan mereka dan keturunanku menjadi umat yg dekat dgnMu. Setiap dalam solatku tak pernah tertinggal nama-nama ini dalam doaku. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa mereka dan menjaga mereka sepertimana orang-orang yg beriman sebelum ini. Amin…”

Disertai dengan #SetiapHariAdalahHariWanita ucapan ini turut mendapat perhatian daripada netizen. Ramai yang memuji Ashraf kerana berjaya menyatukan dua isteri dan hidup dalam harmoni.

 

IKLAN

Meski ada yang menyatakan apa yang mereka miliki ini kerana pengorbanan isteri pertama tapi ia disangkal oleh Ashraf.

Selain itu:  Mak Ai Mewahnya Bilik Anak Dato' Seri Vida, Kalah Bilik Pengantin! Untung Cik B

Menurutnya bukan saja isteri pertama berkorban tapi kedua-duanya berkorban untuk kebahagian mereka bersama.

Mereka Ini Wanita Luar Biasa! Ucapan Ashraf Buat Dua Isteri Sempena Hari Wanita Memang Sweet

 

IKLAN

Mereka Ini Wanita Luar Biasa! Ucapan Ashraf Buat Dua Isteri Sempena Hari Wanita Memang Sweet

 

Sumber: ashrafmuslim

 

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI