Selepas hampir tujuh tahun mendirikan rumah tangga, dan belum dikurniakan cahaya mata akhirnya pasangan selebriti Mizz Nina & Noh Salleh mengambil keputusan menjalani rawatan In Vitro Fertilization (IVF).

Meski hasil IVF tidak seperti yang diharapkan dan awalnya dia enggan bercerita namun akhirnya Mizz Nina terbukan hati membuat perkongsian tersebut melalui saluran Youtube beliau Officialmizznina.

Dalam video berdurasi hampir 15 minit itu bekas penyanyi ini menceritakan pengalamannya melalui rawatan IVF daripada tahap awal hinggalah akhir rawatan.

Menurut Mizz Nina sebelum bersedia mencuba melakukan rawatan IVF dia sebenarnya sudahpun mencuba kaedah IUI (Intrauterine Insemination) namun tidak berjaya.

“Rasanya ramai tahu bahawa saya telah mencuba untuk dapatkan zuriat sejak beberapa tahun lalu malah sebelum ini saya sudah pun melakukan rawatan IUI.

“Disebabkan usia yang semakin meningkat, dan seperti yang kita tahu tahap kesuburan wanita pun akan berkurang jadi saya ambil keputusan untuk rawatan IVF.

“Saya secara fizikal dan emosinya bersedia untuk rawatan ini. Alhamdulillah, proses rawatan itu bukanlah sesuatu yang sukar, Allah memudahkan termasuk bila saya kena melakukan suntikan termasuk pada perut dan saya perlu melakukannya sendiri,”ujar Mizz Nina, 37 tahun dalam video yang turut memaparkan Noh menemaninya menjalani rawatan di KL Fertility Centre.

Kena buat suntikan sendiri

Melalui video yang dimuat naik awal Mac lalu, selebriti yang mula berhijab sejak tahun 2013 ini turut bercerita tentang prosedur rawatan yang dijalani secara ringkas.

IKLAN

“Ia satu rawatan yang ambil masa beberapa bulan. Saya kena pastikan saya sihat dan punya telur yang bagus. Selepas sebulan berlalu saya perlu ambil vitamin dan kemudian melakukan beberapa suntikan yang perlu dibuat sendiri selama lebih kurang seminggu.

Selain itu:  Asyik Mengeluh Waktu Hamil Akhirnya Allah Dengar Rungutan & Mungkin Sebab Itu Muhammad Pergi...

“Selepas itu saya perlu jalani prosedur mengeluarkan telur dari rahim saya. Ia tidaklah menyakitkan bagi saya, alhamdulillah. Tapi yang paling sukar bagi saya adalah proses pengambilan telur, mereka ambil lebih kurang lima telur dan ada prosedur khas untuk itu.

“Selepas itu adalah tempoh pemulihan, ia mengambil masa lebih kurang 5 hari. Kemudian kami menunggu dalam tempoh sebulan pula. Bila sihat saya seterusnya menjalani proses ‘egg implantation.’

“Proses ini di mana mereka ambil telur yang paling baik, saya dapat satu dan ambil sperma terbaik kemudian membuat persenyawaan di luar rahim. Kami menunggu beberapa hari sebelum ia dimasukkan kembali dalam rahim,”ujarnya.

Apa yang diharap tak berlaku

Hampir sebulan menanti penuh teruja untuk keputusan sama ada hamil atau tidak, akan tetapi akhirnya penyanyi ini akur dengan ketentuan Ilahi.

“Apa yang kami harapkan tak berlaku. Dah hampir sebulan ia berlalu. Saya tidak bercakap mengenainya tapi selepas lama saya berfikir balik.

“Saya rasa saya perlu kongsi pengalaman ini sebab mungkin ramai yang melalui proses seperti saya mencuba dapat anak dan IVF,”luah isteri penyanyi kumpulan Hujan ini.

IKLAN

Walaupun ada rasa kecewa namun ujar Mizz Nina dia sedar bahawasanya Allah itu sebaik-baik perancang.

“Apa yang banyak membantu saya melalui semua ini adalah bila tahu semua yang berlaku ini atas ketentuan Allah. Rezeki itu bukan saja tentang anak, suami atau duit tapi datang dalam banyak cara.

“Saya juga belajar bahawa anak dan kekayaan adalah ujian untuk kita sebagai manusia. Allah tak tengok apa yang kita miliki tapi apa kebaikan yang kita buat serta hati kita, sama ada baik atau sebaliknya.

Selain itu:  Syarikat Pengeluar Susu Jelaskan 3 Cara Untuk Pengguna Kenal Pasti Pek Susu Tiruan Dengan Yang Tulen

“Awalnya memang saya kecewa, tapi bila saya fikir balik, Allah mungkin belum berikan zuriat kerana ia bukan masa yang terbaik. Dan mungkin juga Allah tak berikan apa yang saya mahu kerana itu yang terbaik untuk kami.

“Saya tawakal, Dia tahu apa yang terbaik untuk saya dan perkahwinan kami. Mungkin ada lagi perkara yang belum kami buat.

Mungkin saya akan lakukan lagi

Tambahnya lagi dia belum membuat keputusan sama ada mahu mengulangi rawatan IVF kerana itu bukan keutamaannya sekarang.

IKLAN

“IVF ini satu journey buat saya, insya-Allah mungkin saya akan lakukan lagi, tapi itu bukan keutamaan saya. Keutamaan saya adalah untuk ke jannah.

“Kepada pasangan yang sedang cuba mendapatkan zuriat seperti saya harap anda tak rasa kecewa dan jangan putus asa. Bersyukurlah dengan apa yang Allah kurniakan, semoga Allah memberkati kehidupan kita.”

 

Sumber: instagram officialmizznina &  My IVF Journey

 

 

 

 

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI