Ibu bapa yang memberi kebebasan penggunaan telefon kepada anak-anak mereka perlu lebih berhati-hati selepas ini.

Ia berikutan kewujudan Momo Challenge, cabaran baru yang tular menggalakkan kanak-kanak membunuh diri.

Daily Mail melaporkan Momo Challenge mula mendapat perhatian sejak kebelakangan ini dan ia mencabar pengguna berkomunikasi dengan individu tidak dikenali.

Keadaan tersebut menyebabkan pihak berkuasa di seluruh dunia telah mengeluarkan amaran kepada ibu bapa tentang challenge (cabaran) baharu yang semakin tular menggalakkan kanak-kanak membunuh diri.

IKLAN

Cabaran itu meminta pengguna menambah kenalan dan menghubungi seseorang digelar ‘Momo’. Ia kemudiannya menghantar imej menakutkan dan mesej ganas yang menggalakkan keganasan atau bunuh diri.

Imej avatar dengan wajah perempuan agak menyeramkan itu menggunakan patung artis Jepun, Midori Hayashi yang tiada kaitan dengan permainan tersebut.

Momo Challenge Makin Tular, Ajak Kanak-kanak Bunuh Diri! Ibu Bapa Diminta Hati-Hati

Menurut Buenos Aires Times, cabaran itu juga didakwa ada kaitan dengan kematian kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun di Argentina yang dipercayai membunuh dirinya sendiri.

IKLAN

Jika perkara itu disahkan polis, budak terbabit akan menjadi mangsa pertama Momo Challenge.

Cabaran itu dilaporkan telah tersebar secara meluas menerusi aplikasi WhatsApp dan Facebook. Sehingga kini, pihak berkuasa tidak tahu motif sebenar pelaku.

Walau kejadian berlaku di luar negara tak mustahil dengan teknologi media sosial yang canggih ia akan sampai ke negara kita.

 

IKLAN

 

Sumber: Sinarharian

 

 

 

Selain itu:  'Lin Tak Larat, Lin Letih, Tolong Jaga Anak-anak'. Mesej Isteri Hidap Kanser Mohon Redha Untuk 'Pergi' Dahulu Sentuh Hati Netizen
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI