Sambutan Aidilfitri dah tak lama lagi dah. Selain seronok dapat bersama keluarga ketika beraya, bab makan memang membuatkan kita rasa teruja.

Sebulan berpuasa, macam-macam makanan enak terhidang depan mata memang akan buat kita sukar menolaknya.

Inilah yang menjadi punca naik berat badan mendadak selepas puasa. Tapi jika kita  ikut 5 prinsip yang disaran oleh jurulatih kecergasan Kevin Zahri sepanjang sebulan sambutan Syawal ini jangan bimbang tubuh akan kekal langsing.

1. Peraturan 5:2

Ini cara untuk beraya sebulan. Dalam seminggu, amalkan lima hari makan agak sihat dan dua hari kurang sihat. Kenapa 5:2? Kerana kebanyakan rumah terbuka yang dikira merosakkan diet adalah pada Sabtu dan Ahad sahaja.
Jadi Isnin hingga Jumaat amalkan pemakanan yang lebih baik untuk seimbangkan pilihan kurang baik dan tinggi kalori pada hujung minggu.

2. 20 minit

Ingat bahawa kita akan ambil masa lebih kurang 20 minit untuk berasa kenyang. Jadi mulakan setiap rumah terbuka dengan hidangan yang agak seimbang dan cuba makan perlahan.

Hidangan “seimbang” bermakna cari sumber karbohidrat segenggam (nasi, ketupat dan sebagainya), sumber protein yang baik (ayam masak merah, daging rendang) dan sayur. Kemudian barulah makan sedikit manisan.

3. Satu Rumah, Satu Hidangan

Ramai yang mengadu “Aduh, rumah terbuka sepanjang hari! Memang tak boleh elak makan berlebihan”. Betul tapi hari biasa pun kita makan antara lima hingga tujuh kali. Oleh itu untuk satu rumah yang diziarahi hanya makan satu hidangan dengan ‘gap’ mungkin dua hingga tiga jam diantara setiap rumah terbuka.

4. Fokus pada kalori makanan

Kestimewaan hari raya adalah lauk bukan air. Jadi kalau anda mahu kurangkan pengambilan kalori, makanlah tapi elak kalori daripada air. Maknanya jangan minum air manis.

5. Jangan tak beraya pulak!

Itu penting. Tidak salah kita menikmati segala lauk yang lazat di hari raya setelah berpuasa sebulan. Tapi ia perlu seimbang dan tidak berlebihan.

Sumber: www.kevinzahri.com

 

 

 

 

Tinggalkan Komen

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: