Foto anak kecil ini mencium batu nisan kubur ayahnya tular di Twitter beberapa hari lalu. Lebih menyentuh hati bila mengetahui kisah sebenar anak bernama Adlina ini.

Dimuat naik oleh ibu saudaranya Anne Mokhtar rupanya si kecil yang berusia tiga tahun ini tidak sempat merasai kasih sayang seorang bapa.

“Anda yang masih ada ibu bapa tolonglah hargai. saya tak dapat mengawal air mata ini dari menitis bila melihat gambar anak saudara saya mencium batu nesan di kubur ayahnya.

Dia kecil-kecil lagi dah tak dapat kasih sayang seorang ayah. Kalau aku di tempat dia, sumpah susah nak terima.”

Demikian titipnya dalam posting di Twitter baru-baru ini yang kemudian tanpa disangka tular dan menerima lebih 17k Retweets.

Namun begitu kata Anne lagi anak saudaranya seorang yang kuat dan bijak. Walau tidak diungkap tapi dia tahu Adlina amat merindui ayahnya kerana mereka berdua cukup rapat dan Adlina merupakan satu-satu anak yang ada.

“Dia nak cium ayah dia, dah tak dapat. Batu tu jer dia dapat cium. Aku harap sampai ke akhir hayat Adlina sentiasa ingatkan ayah dia dan selalu menziarah. Amin,” tulisnya.

Tambah Anne lagi, abangnya meninggalnya dunia akibat kemalangan ketika menuju ke bengkel miliknya untuk menyambung kerja pada waktu malam. Dia meninggal di tempat kejadian.

Status dimuat naik Anne ini juga juga mendapat banyak komen yang bersimpati atas kehilangan ayah Adlina selain mendoakan kebaikan anak ini. Malah ramai juga yang mengambil kesempatan berkongsi pengalaman mereka sendiri yang kehilangan ayah pada usia kecil.

Sumber: 

 

 

Tinggalkan Komen

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error: