Ramai dah tahu kebaikan oat yang sifatnya tinggi serat serta boleh mengawal kolesterol dalam badan. Tapi ramai yang tak lalu nak telan sebab rasanya yang kurang sedap. Lagilah kalau dibuat bubur. Muak katanya.

Disebabkan itulah walaupun tahu oat boleh membantu melangsingkan badan, namun kerana rasanya itu kita memilih untuk mengambil makanan lain.

Sebenarnya selain dijadikan bubur, oat ini boleh saja diolah menjadi hidangan yang lebih enak. Tak percaya boleh cuba resipi di bawah ini.

Nah, kami berikan 4 resipi oat yang mesti korang suka. Tak ada alasan lagi tak lalu nak telan oat ya.

Nak Diet Tapi Bosan Asyik Makan Bubur Oat? Boleh Cuba 4 Resipi Ini! Gerenti Licin Sampai Menjilat Jari

 

Kepingan Ayam Dengan Oat

Bahan-bahan:
2 filet ayam tanpa tulang (dicencang)
10 sudu besar oat
½ biji bawang besar (dihiris)
½ inci halia (dihiris)
1 ulas bawang putih
1 sudu besar kicap cair
½ sudu teh garam
2 sudu teh minyak masak tak tepu

Cara memasak:

1. Gaul ayam cencang dengan oat, bawang, halia, bawang putih, kicap cair dan garam di dalam mangkuk.
2. Setelah sebati, bahagikan kepada 4 bahagian.
3. Leperkan adunan menjadi kepingan nipis.
4. Panaskan minyak setelah sudu teh minyak atas kuali leper dan letakkan satu kepingan ayam di atasnya. Biarkan masak.
5. Setelah masak, angkat dan ulang hingga habis 4 keping.

IKLAN

 

 

Nak Diet Tapi Bosan Asyik Makan Bubur Oat? Boleh Cuba 4 Resipi Ini! Gerenti Licin Sampai Menjilat Jari

Biskut Oat

Bahan-bahan:
1 cawan marjerin (dilembutkan)
1 cawan gula perang
4 biji putih telur
2 sudu besar susu rendah lemak
2 sudu teh esen vanila
1 cawan tepung gandum penuh
¾ cawan tepung serbaguna
1 sudu teh soda penaik
½ sudu teh garam
2 setengah cawan oat
1 cawan kacang kegemaran anda (dicencang)

Cara memasak:
1. Panaskan ketuhar pada suhu 190 darjah celcius.
2. Pukul marjerin dan gula perang sehingga berkrim.
3. Tambah telur, susu, esen vanila. Pukul dengan sempurna.
4. Tambah tepung, soda penaik, garam, oat dan kacang. Gaul.
5. Senduk satu sudu besar adunan ke atas kertas pembakar. Susun di atas dulang pembakar.
6. Bakar biskut selama kira-kira 9-10 minit atau sehingga biskut menjadi rangup.
7. Biarkan biskut sejuk dan simpan di dalam bekas kedap udara.

Selain itu:  Cara Buat Kari Ayam Kentang Rasa Makin Sedap, Ayam Goreng Dulu

 

 

IKLAN

Nak Diet Tapi Bosan Asyik Makan Bubur Oat? Boleh Cuba 4 Resipi Ini! Gerenti Licin Sampai Menjilat Jari

Susu Kocak Oat & Mangga

Bahan-bahan:
5 sudu besar oat (dikisar menjadi tepung)
1 mangga masak (kupas dan potong dadu)
1 cawan susu rendah lemak
1 sudu teh gula
½ cawan ketulan ais

Cara membuat:
1. Masukkan oat, mangga, susu, gula dan ais dalam pengisar.
2. Tuangkan ke dalam gelas dan hidangkan.

 

Nak Diet Tapi Bosan Asyik Makan Bubur Oat? Boleh Cuba 4 Resipi Ini! Gerenti Licin Sampai Menjilat Jari

Pankek Oat

Bahan pankek:
¼ cawan oat
½ cawan tepung gandum penuh
½ sudu besar serbuk penaik
½ sudu teh garam
½ cawan susu rendah lemak
½ biji telur
1 sudu besar minyak masak

Bahan (inti):
5 biji strawberi
1 biji oren
1 biji epal merah

IKLAN

Cara membuat:
1. Masukkan semua ramuan penkek kecuali minyak masak ke dalam mangkuk dan ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak masak dan letakkan satu adunan penkek.
3. Ratakan adunan dan tutup penutup
4. Biarkan masak.
5. Potong strawberi, oren dan epal. Hiaskan di atas penkek.

Selamat mencuba!

 

Sumber: Pixabay

Resipi: Olahan Vanilla Kismis

 

 

 

 

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI