Selepas aktiviti bermain dengan dolphin ketika bercuti di Dubai, aktres dan usahawan tudung terkenal Neelofa sekali lagi menarik perhatian netizen bila berkongsi video melakukan aktiviti ekstrem.

Neelofa memuat naik video dia melakukan aktiviti Xline di Dubai Marina yang sememangnya menguji keberanian terutama dalam mengatasi ketakutan pada ketinggian.

“Melakukan Xline di Dubai Marina, merentasi bangunan tinggi di Dubai ! Memenuhi satu lagi senarai impian saya!” demikian kapsyen Neelofa dalam entri video yang mendapat lebih setengah juta tontonan walau pun baru dimuat naik semalam.

IKLAN

Dalam aktiviti itu, dengan hanya menggunakan sarung keselamatan khas yang diikat kabel, Neelofa  bersama seorang teman melakukan zipline terbang seperti superman merentasi bangunan pencakar langit dan juga kawasan perairan di bandaraya itu.

Untuk pengetahuan Xline Dubai ini merupakan ziplines yang paling panjang, curam dan terpantas dunia. Hanya mereka yang berani, tidak gayat atau takut pada ketinggian saja mampu melakukan aksi sukan ini.

Justeru melihat video Neelofa tersenyum sebelum meluncur membuatkan ramai netizen memuji keberanian beliau.

IKLAN

Kecut perut tengok!

Netizen Puji Keberanian Neelofa Cuba Sukan Xline, ‘Terbang’ Rentasi Bangunan Pencakar Langit Di Dubai

You’re so brave Lofa

Netizen Puji Keberanian Neelofa Cuba Sukan Xline, ‘Terbang’ Rentasi Bangunan Pencakar Langit Di Dubai

 

IKLAN

Dalam pada itu selain melakukan dua aktiviti ini sewaktu percutiaannya di Dubai, Neelofa juga turut berkongsi gambar menaiki belon udara panas dan juga menaiki unta di padang pasir.

Hmm jeles tengok Neelofa bercuti!

Sumber : neelofa

 

 

Selain itu:  Kalau Pokok Mulberi Yang Ditanam Tak Mahu Berbuah, Buat Teknik Lenturan & Luruh Daun Ini
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI