Bagi pasangan pelakon popular Fattah Amin dan Fazura, Aidilfitri tahun ini pastinya disambut dalam suasana cukup berbeza.

Diijabkabulkan November tahun lalu, ini kali pertama mereka beraya sebagai suami isteri.

Seperti pasangan selebriti lain mereka juga tidak ketinggalan berkongsi gambar raya untuk tatapan peminat.

Foto beraya di rumah mentua tarik perhatian

Namun apa yang menarik perhatian ramai bila Fazura memuat naik gambar sedang beraya bersama keluarga mentua di Bagan Datoh, Perak.

Pandai Sesuaikan Diri & Hormat Keluarga Mentua, Kesederhanaan Fazura Beraya Bersama Famili Fattah Dipuji Netizen

IKLAN

Lupakan penampilan untuk sesuaikan diri

Berbeza dengan imej sejati Fazura yang cukup terkenal dengan gaya elegan dan punyai stail tersendiri, dia dilihat membawa diri di rumah mentua dengan penampilan yang cukup sederhana.

“Keseronokkan beraya bersama keluarga mertua dan keluarga besar Atuk dan Opah di Bagan Datok.”

Demikian kapsyen Fazura sambil memuat naik dua foto dirinya bertudung bawal hitam yang cukup sempoi bergambar dengan keluarga mentua. Tak ubah seperti gadis kampung.

Penampilan inilah yang dipuji netizen yang rata-rata merasakan pelakon popular ini cukup pandai menyesuaikan dengan keluarga Fattah yang kebanyakan bertudung labuh.

IKLAN

Pandai bawa diri

@sofeahasbi_Bagus fazura.. Sesuaikan imej dgn keadaan.. Wpon bukan 100% berubah, tpi hormat dgn keluarga mertua tu penting.

@ norazlizahnordin_I love u kak faz. Bagus nya. Masuk keluarga mertua pandai bawa diri, sesuai kn dgn pemakaian yg sopan. Smoga trus istiqamah kak faz. ?

Selain itu:  Jenazah Disembahyangkan Pak Kiyai, Kebaikannya Terungkap Satu Persatu. Pemergian Nukman Persis Kisah Ahmad Ammar

@ saeyahidris_ Terbaik @missfazura. Semoga terus istiqomah menjadi isteri, ibu, anak, menantu dan saudara yg disenangi dan dihargai sehingga hayat akhirmu. Saya sgt gembira dengan kesederhanaan dan cara awak membawa diri, menyesuaikan diri. Secara tak langsung menghormati suasana sekeliling.. alhamdulillah

@ cekgusal_Wpun belum bertudung sepenuhnya sekurg kurgnya fazura menghormati situasi mcm ni pun dah syukur alhmdulilah..nk bergaul pun senang..sejuk mata memandang

IKLAN

@faridatulnadi a@niena_93 betul tu klu ikutkn fazura ni dari kalangan fmly berada juga tp nmpk dia pndai sesuaikan diri dgn suasana begini.

@deannaahmad_Bagus fazura ni, Walaupun dia tidak lah 100% berhijab lagi, tapi still pandai jaga maruah family and ikot surrounding juga. Moga Allah buka kan hati mu Faz. ❤

Dalam pada itu peminat juga mendoakan isteri Fattah Amin ini terbuka hati untuk berhijab penuh. Sejak beberapa tahun lalu Fazura akan tampil dengan imej bertudung setiap kali bulan Ramadan sempena menghormati bulan ini.

 

Sumber : missfazura

 

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI