Perasan tak kalau kat ofis, bila sorang mengandung tak lama kemudian akan ada beberapa lagi rakan-rakan ikut jejak langkah.

Dah bersalin sekumpulan mak buyung ni, wujud pulak team mak buyung baru. Ada juga best friend mengandung sekali, dengan tarikh bersalin pun hampir sama.

Sebab itulah ada yang kata mengandung ni berjangkit. Tapi boleh percaya ke kata-kata ni?

Sebenarnya ada kajian yang dibuat tentang perkara ini dan memang betul kehamilan ini boleh berjangkit!

Kajian tersebut disiarkan dalam sebuah jurnal pada tahun 2014 menerusi American Sociological Association.

Menurut kajian itu, aura kehamilan yang dimiliki oleh seseorang wanita mengandung boleh mempengaruhi rakan-rakan terdekat mereka untuk turut hamil!

Bukan itu saja, sebuah lagi penyelidikan mendapati bahawa ‘risiko’ seseorang wanita untuk hamil akan meningkat apabila lebih ramai rakan mereka yang mengandung dan melahirkan anak dalam tempoh 3 tahun terkini.

Namun perlu dijelaskan bahawa aura tersebut hanya ‘merebak’ dan ‘berjangkit’ melalui cara psikologi, dan bukanlah secara proses biologi.

Maksudnya, kehamilan kawan-kawan terdekat akan mempengaruhi keinginan seseorang wanita untuk turut memiliki zuriat sendiri, walaupun sebelum itu mereka mungkin tidak terfikir untuk menimang cahaya mata dalam masa terdekat.

3 sebab kehamilan boleh ‘berjangkit’

Menurut kajian pada tahun 2014 tersebut, ada 3 teori mengapa seseorang wanita boleh merasakan sedemikian.

Pembelajaran Sosial: Wanita lebih cenderung untuk merasakan pengalaman menjadi ibu apabila melihat ramai rakan mereka berjaya menempuhinya dengan sukses.

Kalau dulu rasa macam tak bersedia, gementar atau tak ada rasa apa-apa langsung, kini mungkin lebih teruja bila melihat bayi dan anak-anak rakan dengan keletah yang comel dan melucukan.

Pengaruh Sosial: Wanita berasa ‘takut’ untuk ketinggalan apabila melihat ramai rakan mereka telah memiliki zuriat masing-masing. Lagi pun bila kawan-kawan dah ada baby, orang sekeliling mesti tanya kita bila lagi

Berkongsi Kos: Daripada sudut logistik, mungkin ada yang berasa lebih bersedia apabila rakan mereka memberi tips penjimatan dan mahu berkongsi kos tertentu seperti penjagaan anak. Bila dulu terasa beban, bila nampak kawan-kawan semua okey, barulah mula nampak jalan dan lebih terbuka hati.

Ok sekarang dah tau kan kenapa bila kita nampak dua best friend boleh mengandung sama-sama. Ia ada kaitan dengan psikologi.

Bila tengok kawan mengandung, ada baby, bercerita tentang anak kecil secara tak langsung kita sendiri rasa teringin dan mungkin juga faktor ini sekaligus menyediakan tubuh kita untuk hamil.

Jadi ia bukanlah laga perut ya! Tapi walau apa pun kajian yang dibuat, urusan zuriat ini adalah ketentuan Tuhan. Ia berlaku kerana Allah mengkehendakinya.

 

Sumber: ww.siraplimau.com

 

Tinggalkan Komen

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: