Semua tahu adik beradik Rozita Che Wan atau Che Ta memang cantik-cantik belaka malah bergaya. Mereka ini juga kerap menarik perhatian netizen di instagram bila selalu berkumpul untuk berposing bersama-sama.
Cuma sejak beberapa bulan lalu, salah seorang adik Che Ta iaitu Ruby Che Wan tampil berbeza daripada sebelum ini.
Jika dulu Ruby yang juga isteri Lan Pet-Pet ini bergaya ranggi tapi sejak kepulangannya dari mengerjakan ibadah haji tahun lalu tudung litup yang labuh mengganti imej lamanya.
Memang sejuk mata memandang penampilan baru Founder Putih Ajaib by RCW ini. Malah netizen juga memuji imej baru Ruby yang dilihat cukup manis dan makin cantik meskipun tidak bermekap.
Ruby dan Lan Pet-Pet berangkat ke Makkah pada hari ulangtahun perkahwinan mereka dan ia diibaratkan sebagai hadiah yang paling istimewa buat keduanya.
Ternyata pemergiaannya ke tanah suci untuk menunaikan rukun Islam kelima itu memberi impak yang besar buat Ruby.
Sumber: rubychewan
5 Lagi Produk Kosmetik Beracun Dikesan KKM, Tingkat Risiko Kena Kanser Kulit, Kerosakan Buah Pinggang & Sistem Saraf
Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam mengeluarkan kenyataan akhbar menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan beberapa produk-produk kosmetik.
Produk kosmetik tersebut dikesan mengandungi racun berjadual iaitu hidrokuinon, tretinoin dan merkuri.
Salah satu daripadanya dikira agak popular kerana iklannya sering ditayangkan dalam salah satu drama yang sedang hit ketika ini.
Berikut adalah kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tentang perkara tersebut.
****
Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk-produk kosmetik berikut kerana dikesan mengandungi racun berjadual seperti di bawah:
Notifikasi produk-produk kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM berikutan pengesanan bahan racun berjadual di dalam produk berkenaan.
Boleh tingkat risiko kanser kulit
Produk yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin adalah merupakan produk farmaseutikal yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.
Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan hydroquinone lazimnya dipasarkan untuk tujuan mencerahkan kulit, merawat masalah jeragat dan kulit tidak sekata.
Penggunaan hydroquinone tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, malah kulit menjadi hipersensitif.
Kesan dari penggunaan hydroquinone boleh menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV merbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit.
Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan tretinoin biasanya dipromosikan untuk tujuan merawat masalah jerawat dan membantu mengurangkan kedutan.
Pedih, menggelupas
Penggunaan tretinoin tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari.
Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan merkuri lazimnya dipasarkan untuk tujuan mencerahkan kulit dan rawatan anti penuaan seperti masalah jeragat, kulit tidak sekata dan kedutan dan boleh memudaratkan kesihatan.
Ganggu perkembangan otak kanak-kanak
Merkuri yang terkandung dalam produk kosmetik boleh menyerap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf. Ia juga boleh menganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan.
Selain itu, kesan mudarat akibat pendedahan kepada merkuri boleh juga dialami oleh orang sekeliling terutamanya kanak-kanak apabila produk kosmetik yang mengandungi merkuri yang disapu pada kulit meruap dan dihidu.
Bayi dan kanak-kanak kecil boleh terdedah kepada merkuri apabila mereka menyentuh produk kosmetik yang mengandungi merkuri atau orang yang menggunakan produk kosmetik tersebut dan kemudiannya memasukkan jari-jari mereka ke dalam mulut. Penggunaan produk yang mengandungi merkuri boleh juga menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit.
PERINGATAN KEPADA PENJUAL DAN PENGEDAR PRODUK KOSMETIK INI
Penjual dan pengedar produk-produk kosmetik ini diberi amaran untuk menghentikan penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik tersebut dengan serta-merta. Penjual adalah diingatkan bahawa penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik ini adalah melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.
Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan-kesalahan berikutnya. Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.
PERINGATAN KEPADA ORANG AWAM
Orang awam yang sedang menggunakan produk-produk kosmetik ini dinasihatkan untuk segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat dari ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan sampingan.
Sebarang pertanyaan berkaitan produk kosmetik boleh diemel kepada kosmetik@npra.gov.my. Pengguna dan orang ramai adalah dinasihatkan untuk menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik dengan melayari laman sesawang rasmi NPRA http://npra.moh.gov.my/
Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
7 Jun 2018
Sumber: KKM
Marah Anak Jadi Mangsa Buli Bekas Suami, Chef Wan Luah Perasaan Di Instagram. Memang Marah Betul Nih!
Kemelut anak Chef Wan, Serina Redzuawan dan bekas suaminya, Gavin Edward O’Luanaigh atau Salahuddin Ghaffar masih belum berakhir meskipun hampir setahun bercerai. Mereka kini sedang dalam proses mengenai hak penjagaan anak, Tristan Tareef dan Issabella Safiya.
Macam-macam perkara dipertikaikan antara mereka termasuklah tindakan Chef Wan yang tidur bersama dengan cucunya turut jadi isu. Enggan perkara sama berulang maka Serina meminta bapanya tidak lagi memuat naik aktiviti bersama mereka di instagram.
Cerai boleh ke putus hubungan darah daging?
Si Gavin SOB tu kata my daughter tak benar kan my cucu2 tu see me and spent time at my home la pulak.
Nak main drama apa hal?
Boleh ke nak putus hubungan darah daging kita as family?
I told Rina when it come to his turn to care for the kids tak pula kita kisah.
Why tiba giliran my daughter pula ambil the kids to see my mother dia pulak boleh dictate to tell us how we should spent our time as family?
I told Rina dont let this ba*&*%** to run your life.
Tell Gavin to F…off aja!
Put your foot down as u have equal right to handling the kids too.
Tak sabar nak tunggu court panggil for custody of this kids.
I told Rina padan la muka kau pi serah kan anak kau tu pada si mur*** ni dari awal dan kasi dia muka.
Now dia naik lemak lah.
I can imagine how many x husband that are sick out there to bully their x wife mcm ni out of hatred and revenge.
Dah la buat hal kita pun terpalit dgn masalah dia.
Perhaps he should mirror himself first if he want to compare what i have done.
Tak payah la cerita di IG
Rina said to me semlm…Pa nak tengok the kids with nenek tak payah la cerita di IG!
Dia ada follow Papa mau pun bar***h2 dia and will find all kind of excuses not to let me have the kids and cuba main kotor.
Ehhhh nak ugut kita pulak ke with his filthy game and sickness?
He think i am a coward like him blaming me pulak ke Rina? even letak gambar2 cucu2 di IG tak boleh konon nak popular kan diri saya dan kami anak beranak!???
layan org sakit jiwa ni susah sikit and a real Ass**** pulak tu!??
All i can see is he is intimidated by my love and closeness to my grandchildren.
Tu yg rasa tergugat dah tak ada kerja lain terpaksa la layan hati yg busuk itu untuk buruk kan image saya.
This stupid SOB forget who the real CW is!??
Kau main Api takut esok bakar balik diri kau sendiri tu!
A post shared by chef wan (@_chefwan58) on
Memang marah betul nampaknya Chef Wan ni, apapun kita doakan kemelut antara Serina dan bekas suaminya tentang hak penjagaan anak cepat selesai.
Sumber: Chef Wan
Tak Pernah Tak Sweet, Aeril & Wawa Ganti Keke Challenge Jadi Kaki Challenge! Comel Betul
Kalau selebriti lain sibuk buat Keke Challenge untuk dimuat naik dalam laman sosial, lain pulak couple yang tak pernah tak sweet nih Aeril Zafril & Wawa Zainal.
Mereka memuat naik aksi bermain Kaki Challenge, juga sejenis permainan zaman kanak-kanak yang dah lama kita tinggalkan.
“#kekechallenge tak ada, yang ada #kakichallenge je,” tulis Aeril.
#kekechallenge tak ada. yang ada #kakichallenge je. ???? @w4w4_zainal @wawacosmeticshq
A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel) on
Ha jangan tak tau aksi Kaki Challenge atau permainan laga kaki Aeril & Wawa ini viral sampai mendapat hampir tiga juta tontonan di instagram.
Malah aksi pasangan suami isteri ini juga dipuji netizen yang kebanyakkannya merasakan aksi mereka cukup sweet.
Sumber: aeril_zafrel