Jika kebiasaannya pengacara New York Televisyen, Natalie Pasquarella membaca berita semasa tapi kali ini beliau sendiri menjadi subjek beritanya.

Ketika sedang mengacarakan satu program bersama empat lagi pengacara NBC News pada jam 11 malam Selasa beliau telah tertawa kecil dengan jenaka dari salah satu berita yang dibualkan.

“Sewaktu ketawa itulah air ketubannya pecah, ketika kami masih dalam set dan sedang bersiaran langsung,” ujar teman pengacara yang membuat pengumuman tersebut keesokan harinya.

IKLAN

Namun menariknya, selepas mengetahui air ketubannya pecah Pasquarella mengendalikannya seperti seorang ‘pro’.

Dia terus mengacarakan rancangan sehingga selesai sebelum memberitahu eksekutif produser dan rakan yang lain. Pasquarella kemudian dikejarkan terus ke hospital, di mana suami sudah pun menunggunya.

13 jam kemudian dia selamat melahirkan cahaya mata yang diberi nama Jamin James.

IKLAN

Pengacara Pecah Air Ketuban Ketika Sedang Hos Rancangan Secara ‘Live’

“Kelahiran awal yang sangat indah, terima kasih pada yang memberi ucap selamat,”katanya dalam instagram.

IKLAN

Sumber: www.today.com

 

 

Selain itu:  Sebelum Melawat Rakan Baru Bersalin, 10 Perkara Ini Kena Tahu
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI