Semua tahu betapa sebelum ini Datuk Seri Siti Nurhaliza terlalu menginginkan kehadiran si kecil dalam rumah tangga yang dibina bersama Datuk Khalid.

11 tahun menanti, akhirnya seminggu lalu zuriat yang didambakan dipangku di ribaannya. Tapi bukan sikit pula usaha Siti untuk menimang cahaya mata. Dia pernah keguguran, melalui rawatan kesuburan dan juga kaedah IVF untuk hamil.

Justeru dia sangat memahami apa yang dirasai oleh wanita yang belum dikurniakan cahaya mata selepas mendirikan rumah tangga. Untuk wanita-wanita ini Siti sempat menitipkan nasihatnya.

“Bagi wanita yang belum dikurniakan cahaya mata, jangan putus asa. Orang akan kata cakap memang senang tapi itulah yang saya rasa dan buat. Tak putus asa tak putus doa.

“Paling penting, sentiasa bersangka baik pada Allah. Setengah orang bila tak diberi rezeki dia mempersoalkan kenapa dia tak dapat dan orang lain dapat. Tapi saya sentiasa cakap dalam diri saya Allah akan beri pada  tarikh dan hari yang terbaik.

“Walaupun pergi umrah beberapa kali, doa saya doa yang sama. Saya tahu Allah akan jawab juga satu hari nanti. Alhamdulillah Allah jawab juga doa saya.  Walaupun 11 tahun menunggu. tetap ada rezeki

“Yang penting jangan putus asa dan berusaha dengan pelbagai cara yang ada sama ada tradisional, moden dan sebagainya,”ungkap Siti yang tak menafikan teringin jika dikurniakan seorang lagi cahaya mata.

“Apa-apapun saya berserah pada Allah. Jika diberi saya bersyukur, kalau tak pun saya bersyukur dengan apa yang ada,” ujar Siti yang mahu dipanggil ibu oleh anaknya.

“Saya nak dia saya panggil ibu. Sebab suami saya anak-anak panggil dia ayah. Jadi padanan yang sesuai kalau saya dipanggil ibu. Lagipun saya suka sebab panggilan ibu itu pada saya cukup lembut,”ujarnya.

Berehat 6 bulan

Dalam pada itu jika wanita lain cuti bersalin selama dua atau tiga bulan Siti pula menjangkakan dia akan berehat selama enam bulan dari sebarang aktiviti seni.

“Saya mungkin berehat selama enam bulan supaya sihat sepenuhnya. Saya tak mahu terburu-buru nak slim. Sekarang cuma ikut nasihat doktor. Tapi suprise juga bila tak cukup tidur, muka kecut sikit,” seloroh Siti dalam majlis majlis tahnik, cukur jambul dan aqiqah di kediamannya semalam selepas tujuh hari kelahiran cahaya matanya.

 

 

Sumber: Siti Official Video

 

 

Tinggalkan Komen

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: