Setiap hari bekerja, melakukan perkara yang sama sampai satu tahap kita akan rasa bosan. Kalau orang perempuan mulalah fikir nak berhenti kerja duduk rumah, jaga anak.

VK sendiri pun pernah berperasaan macam ni. Tapi bila fikir balik sanggup ke nanti duduk rumah tapi tiada gaji hanya harap pemberian suami ?

Bagi yang dah biasa bekerja dan pegang duit sendiri memang tak sanggup rasanya. Jadi alternatifnya kenalah kerja juga, tapi kerja dari rumah. Paling mudah yang terlintas di fikiran selalunya jadi pengasuh.

Nampak sangat tak kelas kan. Tapi jangan pandang leceh pada kerjaya pengasuh ni tau.Sebabnya dari pemerhatian VK permintaan untuk khidmat ini memang tinggi. Ada saja ibu bapa yang mencari pengasuh terutamanya baby.

Kalau nak tahu gaji pengasuh ini ada yang mencecah ribuan ringgit sama dengan taraf pekerja eksekutif  di pejabat ya. Ini berdasarkan pengalaman  pengasuh anak VK sendiri.

IKLAN

Dia mengasuh tiga bayi kembar (mulanya hanya berhasrat menjaga seorang bayi  tapi kerana kasihan kembar ni terpisah maka dia sanggup, maklumlah pengasuh VK ni ada anak kembar juga). Selain itu dia menjaga lagi tiga orang kanak-kanak berusia tiga hingga enam  tahun, dan seorang budak sekolah (transit).

Mari kita kira pendapatan dia. Upah mengasuh untuk seorang baby adalah RM350, untuk budak-budak lebih dua tahun upahnya RM300 seorang dan caj transit RM130 seorang.  Bila dijumlahkan semua, pengasuh VK ni punya pendapatan sebulan dalam RM2,080. Tak macam gaji pekerja graduate? Walhal  duduk rumah saja.

Percaya Tak Gaji Pengasuh Sekarang Setaraf Pekerja Graduate

IKLAN

Modalnya cuma tenaga dan kos penyediaan makanan anak-anak. Kadar upah ini jugak berbeza mengikut tempat.  Kawasan perumahan di bandar misalnya, upah mengasuh bayi ini lebih tinggi. Boleh mencecah RM 400 seorang.

Selain itu:  7 Petanda Awal Kanser Ovari Yang Sering Dianggap Masalah Biasa Oleh Wanita

So apa korang rasa? Itu sebab VK kata jangan pandang rendah pada mereka ni, ntah-ntah gaji pengasuh ni lebih kurang saja dengan gaji kita yang bekerja di pejabat. Macam mana? Dah ramai yang nak berenti jadi pengasuh. Tunggu dulu, sebab setiap perkara ni ada pro dan kontranya. Fikir pulak bab kerja pengasuh.

Kalau tengok pengasuh VK dia memang tak duduk diam. Ibu bapa dah hantar sebelum pukul tujuh pagi lagi dan tak semua balik pukul lima petang. Kadang-kadang sampai pukul 11 malam (ini VKlah). Waktu siang masa mereka penuh dengan melayan anak-anak asuhan.

IKLAN

Mandi, beri makan, tidurkan bayi memang nampak mudah tapi kalau jaga tiga orang, tak menang tangan. Itu belum lagi masuk melayan anak-anak sendiri.

Memikirkan perkara inilah VK pendamkan saja hasrat nak jadi pengasuh tu.  Rasanya biarlah diteruskan saja kerja ni. Tapi VK memang salute pada golongan pengasuh ni, terutama yang bekerja tak berkira dan sayang anak orang macam anak sendiri. Tak semua orang boleh buat macam ni.

 

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI