Vanilla Kismis kini berada di dalam aplikasi   
Vanilla Kismis kini berada di dalam aplikasi   
Home Makan 7 Resepi Sambal Perkongsian Wanita Ini Memang Buat Kita Telan Air Liur,...

7 Resepi Sambal Perkongsian Wanita Ini Memang Buat Kita Telan Air Liur, Yang Rare Pun Ada

 

 

Tengok saja posting Puan Mazliza Ahmad ini terus kecur air liur. Rasanya yang lain pun macam tu jugak kan. Bagi peminat tegar sambal atau kaki pedas, apatah lagi.

Sebab itulah resipi sambal perkongsian Mazliza ini dapat lebih 20 ribu share di Facebook. Paling best, dia bukan berkongsi satu resepi sambal tapi tujuh jenis.

Ada sambal gesek, sambal goreng garing, sambal limau nipis, sambal totok, sambal petai tumbuk dan ikan, sambal ikan mempelam muda, sambal terung goreng dan ikan tumbuk.

Yang tak pernah kita rasa pun ada… terbaik lah akak nih. Moga murah rezeki dia. Untuk yang suka makan pedas, atau korang yang buat sambal asyik tak menjadi, sila cuba resipi nih ya!

1. Sambal Gesek

7 Resepi Sambal Perkongsian Wanita Ini Memang Buat Kita Telan Air Liur, Yang Rare Pun Ada

Bahan-bahan:

1 genggam cili api
Sedikit belacan
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 sudu ikan bilis – goreng garing dan tumbuk pecah-pecah
1 biji asam limau

Cara membuat:

1. Tumbuk cili, bawang besar, bawang putih dan belacan hingga pecah-pecah. Jangan lumat
2. Tumis bahan tumbuk hingga garing dan masukkan sedikit perasa. Tak perlu tambah garam kalau tak suka masin.
3. Setelah bahan garing, masukkan ikan bilis yg ditumbuk tadi dan kacau rata.
4. Hidangkn dengan limau nipis, kalau suka masam lebihkan. Makan dengan nasi panas confirm merah telinga.
* Untuk yg tak suka suka pedas sangat, boleh campur cili api dan cili masak. Rasa tetap sedap cuma kurang pedas.

 

2. Sambal Goreng Garing

7 Resepi Sambal Perkongsian Wanita Ini Memang Buat Kita Telan Air Liur, Yang Rare Pun Ada

Bahan- bahan:

* 3 biji cili masak
* 25 tangkai cili padi (akak guna cili padi merah)
* 1 biji bwng besar
* 3 ulas bwng putih
* Sedikit belacan
1 keping asam keping
Garam n perasa

Selain itu:  Cara Masak Kuah Laksa Utara Sedap, Ikut 5 Petua Dari Peniaga Laksa Ini!

Cara membuat:

1.  Kisar kasar bahan yang bertanda *
2. Tumis bahan dikisar hingga garing. Masukkan asam keping, garam dan perasa. Siap!!
(Kalau utk makan kat rumah je, biasa akak bubuh tomato utk ganti asam keping lagi sedap. Tapi sebab nak simpan lama jadi akak bubuh asam keping).

IKLAN

 

3. Sambal Limau Nipis

7 Resepi Sambal Perkongsian Wanita Ini Memang Buat Kita Telan Air Liur, Yang Rare Pun Ada

Bahan-bahan;

Cili besar/ cili masak-2 biji
Cili padi -7/8 biji
Sedikit garam
Sedikit belacan

Cara membuat:

1. Tumbuk lumat semua bahan. Bila dah lumat masukkan 1 sudu makan gula, lenyekkan dgn lesung..
2. 1 biji limau nipis (hiris dan perahkan airnya dlm sambal tadi. Kalau suka boleh hiriskan kulitnya nipis-nipis dan gaulkan dlm sambal. Siap!!!

 

4. Sambal Totok

7 Resepi Sambal Perkongsian Wanita Ini Memang Buat Kita Telan Air Liur, Yang Rare Pun Ada

Bahan-bahan:

1/2 gengam ikan bilis kopek (basuh dan rendam)
*30 tangkai cili padi merah+hijau
*1 biji bawang besar
*3 ulas bawang putih
* Sedikit belacan
Sedikit garam
1 biji limau nipis

Cara membuat:

IKLAN

1. Goreng bahan bertanda * hingga layu dlm minyak yg sedikit.
2. Kemudian tumbuk semua bahan yg digoreng tadi dengan sedikit garam. Tumbuk pecah-pecah manja je…
3. Masukkan ikan bilis yg sedah ditoskan dan tumbuk sebati.
4. Perahkan limau dan gaul sebati. Siap! Makan dgn nasi panas…terangkat!

 

5. Sambal Tumbuk Petai  & Ikan

7 Resepi Sambal Perkongsian Wanita Ini Memang Buat Kita Telan Air Liur, Yang Rare Pun Ada

 

Bahan-bahan:

2 ekor ikan selayang/kembung (goreng)
*1 biji bawang besar
*15 tangkai cili padi
*2 ulas bawang putih
Sedikit garam
Petai-2 papan

Cara membuat:

1. Goreng sekejap bahan bertanda * hingga agak layu
2. Asingkan ikan dari tulang
3. Tumbuk semua bahan  yg dah digoreng tadi bersama sedikit garam (jangan hancur sangat)
4. Masukkan isi ikan goreng
5. Akhir sekali masukkan petai yang dikopek dan tumbuk petai agar pecah.

Selain itu:  Mi Kari Chinese Style, Siap Dengan Sambal. Confirm Hirup Kuah Sampai Licin

 

6. Sambal Ikan Mempelam Muda

7 Resepi Sambal Perkongsian Wanita Ini Memang Buat Kita Telan Air Liur, Yang Rare Pun Ada

IKLAN

Bahan-bahan:

2 ekor ikan kembung- bakar atau rebus
15 tangkai cili api
3 biji mempelam telur (muda) – dicencang (jika besar sebiji mencukupi)
Sedikit garam

Cara membuat:

1. Tumbuk cili api dan garam hingga lumat
2. Masukkan pula ikan rebus / bakar tadi lalu ditumbuk lagi.
3. Akhir sekali masukkan mempelam yg dicincang dan tumbuk manja gitu… Siap !!!

 

7. Sambal Terung Goreng & Ikan tumbuk

7 Resepi Sambal Perkongsian Wanita Ini Memang Buat Kita Telan Air Liur, Yang Rare Pun Ada

Bahan-bahan:

1/2 biji terung panjang (potong dan goreng)
2 ekor ikan selayang (goreng dan ambik isi sahaaj)
*15 tangkai cili padi
*3 ulas bawang putih
*1 biji bawang besar
Sedikit garam

Cara membuat:

1. Goreng bahan bertanda * hingga layu
2. Tumbuk bahan yg dah digoreng layu tadi dgn garam.
3. Masukkan isi ikan dan tumbuk . Akhir sekali masukkan terung, tumbuk sekadar pecah saja.

 

Jom buat resepi nih, senang saja kan. Selamat mencuba!

 

Sumber: Mazliza Ahmad melalui Facebook Masak Apa Hari Ni…

 

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI