Sejak dari dulu lagi orang tua selalu berpesan kepada ibu lepas bersalin supaya bukan saja menjaga kesihatan tapi juga perasaan dan emosi Perubahan tubuh, rutin menjaga bayi ada masa menyebabkan seorang ibu stress hingga sampai satu tahap boleh menyebabkan kemurungan.

Perkara itu boleh dialami oleh sesiapa saja termasuk selebriti. Malah pelakon cantik Hanez Suraya juga pernah melaluinya. Hanez  mendedahkan dia pernah mengalami keresahan dan kebimbangan melampau (anxiety) selepas melahirkan anak pertamanya, Putri Aleesya.

“Selepas bersalin, semuanya baik-baik sahaja. Tiba-tiba, ada satu ketika, saya rasa ‘paranoid’ untuk melakukan pelbagai aktiviti.

 

IKLAN

Pernah Alami Keresahan Melampau Selepas Bersalin, Hanez Suraya ‘Paranoid’  Takut Untuk Makan Kerana Rasa Was-was

 

Nak makan ayam pun sempat google kandungan dulu

“Bayangkan, ketika nak makan pun saya rasa resah dan takut. Saya takut nak makan ayam, saya takut nak makan daging. Lebih teruk, sebelum makan saya sempat ‘Google’ kandungan makanan kerana rasa was-was.

“Berat badan saya juga turut turun. Saya juga lebih suka menyendiri dalam bilik dan tidak mahu keluar,” kata Hanez memetik laporan dari portal Astro Gempak.

Kaji pasal anxiety

Merungkai resah yang dialami, Hanez turut berkongsi pengalaman terbabit di ruangan Instagram Stories.

IKLAN

“Selepas saya berkongsi apa yang saya alami di laman Instagram, ramai yang mesej dan mengatakan saya mengalami ‘anxiety’.

“Selepas itu, saya mula membuat kajian mengenai ‘anxiety’ dan saya berhubung dengan Miasa Malaysia (Mental Illness Awareness & Support Association). Rupa-rupanya, ramai orang yang mengalami perkara yang sama.

 

Kena lawan anxiety

“Alhamdulillah, segalanya semakin baik selepas saya merapatkan diri dengan Miasa. Saya mula memasuki kelas agama seperti kelas mengaji dan bergaul dengan golongan positif.

“Rasa ‘anxiety’ itu harus dilawan. Saya sendiri kena kuat dan terus melangkah ke hadapan. Saya harus bergaul dengan golongan yang lebih positif,” katanya lagi.

 

IKLAN


Sumber: Hanez Suraya, Astro Gempak & Miasa Malaysia 

Selain itu:  Tak Sanggup Anak Sedih Diejek Juling, Datin Shahida Bawa Anak Sulung Buat Pembedahan Mata

 

 

 

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI