Meski ramai yang menanam impian untuk langsing tapi tak semua berjaya merealisasikannya. Kena ada tekad yang kuat untuk melakukannya.

Salah seorang yang berjaya melakukannya adalah penyanyi tak asing lagi, Ramlah Ram. Dia berjaya menurunkan berat badan sehingga 20 kilogram selepas setahun menjalani gaya hidup sihat. Nak kurus bukan senang tau!

Pelantun lagu Selamat Jalan Romeo itu berkata, dia membuat keputusan menurunkan berat badan kerana tertekan dengan faktor berat badan sehingga timbul masalah untuk bergaya.

“Saya pernah tertekan dan menangis sendirian setiap kali mengenangkan berat badan dan saiz badan saya.

“Masalah timbul apabila saya ingin membeli pakaian. Susah betul nak mencari saiz yang sesuai,” katanya memetik laporan Harian Metro.

IKLAN

Gambar sebelum

Menurutnya, dia juga tertekan apabila ada kenalan yang bercakap dan mempersenda mengenai berat badannya.

“Ada kenalan yang bercakap mengenai berat badan saya. Pada waktu itu, berat saya adalah 70 kilogram dan dibandingkan dengan ketinggian saya, ia memang tidak sesuai.

“Saya jadikan kata-kata mereka itu sebagai pembakar semangat untuk menurunkan berat badan. Lagi pula, ini juga adalah untuk peminat-peminat yang ingin melihat saya tampil menarik ketika membuat persembahan,” katanya.

IKLAN

Jaga pemakanan

Ditanya mengenai rutin pemakanannya, Ramlah memberitahu bahawa dia sememangnya mengamalkan disiplin dalam memastikan pemakanannya tidak berlebihan.

“Saya memulakan diet sejak setahun lalu dengan menolak makanan dan minuman bergula serta yang berminyak.

Selain itu:  Prihatin Masalah Kewangan Student Nak Join Training Kurus, Coach Ini Berikan 10 Tip Berkesan Untuk Pelajar Turunkan Berat Badan

“Makanan berkarbohidrat tinggi juga saya elakkan dan lebihkan protein serta sayur-sayuran,” katanya.

IKLAN

Kini, selepas setahun, dia masih lagi berusaha untuk mengekalkan berat badannya dan cuba mencapai sasaran 45 kilogram.

 

Sumber: Harian Metro & instagram Ramlah Ram

 

 

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI