Vanilla Kismis kini berada di dalam aplikasi   
Vanilla Kismis kini berada di dalam aplikasi   
Home Makan Ramai Yang Geli Tapi Inilah Biskut Raya Viral Tahun Ni!

Ramai Yang Geli Tapi Inilah Biskut Raya Viral Tahun Ni!

Bagi yang mengikuti Facebook Page masakan popular Masak Apa Hari Ni (MAHN) pasti sudah banyak melihat posting tentang biskut ini.

Disebabkan bentuknya itu ia dipanggil biskut ulat, biskut ulat bulu atau biskut ulat beluncas hingga jadi tular.

Pelbagai reaksi atau komen daripada netizen yang kebanyakannya wanita bila melihat biskut ini. Paling banyak adalah ‘eeee geli’. Tak kurang juga yang tak mahu memakannya.

Meskipun begitu reaksinya, ramai yang sudah terjebak mencubanya. Boleh dikatakan inilah biskut raya viral untuk tahun ini.

Bagi yang ingin membuat biskut ulat bulu ini, ada tiga resipi yang boleh anda cuba. Pilih mana yang berkenan

1. Biskut ulat beluncas inti kurma

Ramai Yang Geli Tapi Inilah Biskut Raya Viral Tahun Ni!

Bahan-bahan

1 biji kuning telur

1 1/2 cawan marjerin atau sebuku mentega

1 cawan tepung jagung

2 3/4 cawan tepung gandum

Sedikit pewarna hijau

Sedikit esen perisa pandan

Coklat cip

Cara membuat:

Pukul telur dan mentega sera masukkan esen perisa pandan.

Kemudian masuk dalam adunan tepung tadi. Gaul hingga jadi doh lembut dan boleh dibentuk.

IKLAN

Bentuk jadi bulat sebesar duit 50 sen dan isi inti kurma, tutup dan bentuk bujur macam ulat bulu.

Tekan dengan garfu atau acuan kuih siput.

Bakar pada suhu 160’c selama 20 minit dahulu.Biar warnanya bertukar kekuningan baru angkat dan sejukkan.

Golek di atas gula castor untuk efek ulat bulu.

2. Biskut ulat bulu ala semperit susu

Ramai Yang Geli Tapi Inilah Biskut Raya Viral Tahun Ni!

Bahan-bahan

1/2 cawan butter

1/4 cawan susu pekat

1/2 sudu kecil esen vanila

1 1/2 cawan tepung jagung

IKLAN

Coklat cip

Cara membuat:

Sebatikan mentega dan susu pekat. Guna senduk kayu.

Masukkan esen vanila. Sebatikan.

Masukkan tepung jagung. Uli sebati hingga doh tak lekat pada tangan. Sesuaikan sendiri sukatan tepung.

Selain itu:  Buat Sendiri Snow Almond Cookies, Ikut Sukatan Ini Boleh Dapat Hampir 200 Biji

Gentel dan bentukkan macam ulat. Tak perlu pakai acuan.

Tekan dengan garfu dan letak coklat cip.

Bakar suhu 150° selama 20 minit. Ikut ketuhar.

3. Biskut ulat bulu atau untaian kasih

Ramai Yang Geli Tapi Inilah Biskut Raya Viral Tahun Ni!

Bahan A:

IKLAN

250g butter ( lebih lemak farm cows )

3/4 cawan gula aising  

1 biji kuning telur .

Bahan B:

1/2 cawan tepung jagung

2 sudu besar susu tepung Dutch Lady

3 cawan tepung gandum( tepung cap ros).

Cara membuat:

Satukan bahan A kacau sebati guna senduk kayu.

Masukkan bahan B lalu uli sehingga jadi doh ( tak melekat pada tangan). Jangan terlalu lembik.

Terap guna acuan atau nozel creampuff.

Biarkan biskut bawah kipas selama 15-20 minit supaya biskut tak jatuh lembik. Selepas itu baru masuk dalam ketuhar.

Insya-Allah hasilnya macam bunga gambar.

Panaskan oven pada suhu 180c lalu bakar selama 15-20 min bergantung pada oven.

Selamat mencuba!

Sumber: Facebook Masak Apa Hari Ni

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI