Rasanya kalau ada anugerah bapa penyayang, Dato’ Fazley Yaakob ini akan termasuk dalam calon-calonnya. Boleh lihat betapa dia cukup akrab dengan tiga anak lelakinya dan betapa mereka cukup menyayangi penyanyi dan chef selebriti ini.

Jika tidak takkanlah baru seketika tak bertemu dengan Dida (panggilan anak-anak untuk Dato Fazley) mereka dah mula rindu sampai menangis-menangis.

Lihat saja video yang dimuat naik oleh Dato Fazley ini. Kisah pertemuannya dengan anak sulungnya Payish di masjid selepas beberapa jam berpisah. Gayanya macam lapan tahun tak jumpa!

Drama sedih bapa dan anak di masjid

“Tahun ini, semua orang sibuk dengan video raya yang paling sedih. Secara tak sengaja, hari ini saya dan anak sulung saya, terbuat drama sedih jugak. Kisahnya begini…setiap Jumaat kami akan berusaha untuk solat bersama namun yang sering memisahkan kami adalah trafik jam dan hujan.

“Sebab Payish akan ke masjid dari sekolahnya dan saya akan bergegas ke masjid dari ofis. Bermakna, waktu kami tiba di masjid tidak sama. Jadi, kami akan sentiasa berusaha untuk mencari masing-masing sebelum solat bermula. Namun hari ini, saya tak jumpa Payish dan Payish pun tak jumpa saya.

IKLAN

“Jadi saya bergegas keluar ke bawah masjid, cuba sedaya upaya untuk mencari Payish. Apabila saya melihat kelibat Payish, sebak sangat rasa melihat dia sedang terduduk kekecewaan kerana tidak dapat bersua dengan saya di masjid. Bila saya jumpa dia, terus airmata dia bercucuran dengan ungkapan “Didaaa, I thought I won’t see you today.” Terus saya dipeluknya.

“Inilah agaknya yang dimaksudkan oleh arwah Bapak – Kasih sayang adalah syurga keluarga. Rasa macam bertahun tak nampak anak sendiri walhal baru berpisah berapa jam sahaja,” tulisnya.

Tahun ini, semua orang sibuk dengan video raya yang paling sedih. Secara tak sengaja, hari ini saya dan anak sulung saya, terbuat drama sedih jugak. Kisahnya begini…setiap Jumaat kami akan berusaha untuk solat bersama namun yang sering memisahkan kami adalah trafik jam dan hujan. Sebab Payish akan ke masjid dari sekolahnya dan saya akan bergegas ke masjid dari ofis. Bermakna, waktu kami tiba di masjid tidak sama. Jadi, kami akan sentiasa berusaha untuk mencari masing-masing sebelum solat bermula. Namun hari ini, saya tak jumpa Payish dan Payish pun tak jumpa saya. . Jadi saya bergegas keluar ke bawah masjid, cuba sedaya upaya untuk mencari Payish. Apabila saya melihat kelibat Payish, sebak sangat rasa melihat dia sedang terduduk kekecewaan kerana tidak dapat bersua dengan saya di masjid. Bila saya jumpa dia, terus airmata dia bercucuran dengan ungkapan “Didaaa, I thought I won’t see you today.” Terus saya dipeluknya. . Inilah agaknya yang dimaksudkan oleh arwah Bapak – Kasih sayang adalah syurga keluarga. Rasa macam bertahun tak nampak anak sendiri walhal baru berpisah berapa jam sahaja ? . Lagu: “Kepulangan Yang Dinanti” by Kaber aka Seruling Bambu

A post shared by Dato’ Fazley Yaakob (@fazleyyaakob) on

Video tersebut mendapat 1.3 juta tontonan sejak dimuat naik Jumaat lalu dan rata-rata di ruangan komen netizen sebak menontonnya.

IKLAN
Selain itu:  Isteri Sambut Hari Jadi Achey Dengan Cara Paling Istimewa, Hadiahnya Buat Achey & Netizen Menangis Sebak!

Anak kedua pun sama

Dalam pada itu, Dato’ Fazley turut memuat naik video aksi anak keduanya Piyash turut menangis mencarinya walaupun hanya ditinggalkan seketika ke dapur.

 

IKLAN

Apalah rahsia Dato’ Fazley sampai anak-anak melekat, tak boleh berpisah langsung dengan dirinya. Pada VK satu jer, kasih sayang yang melimpah ruah pada anak-anak!

 

Sumber: fazleyyaakob

 

 

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI