Membaca kisah ini di media massa sudah pun cukup menyedihkan apatah lagi jika berada di tempat kejadian.

Sedih dan sayu demikian pengakuan Zack Rahim yang berada selama lebih tiga jam di lokasi kejadian kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah.

Berikut adalah perkongsiannya.

“Tolong ustaz, mana Syafiq ustaz. Saya nak jumpa Shafiq” raung seorang ibu dipagar surau pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah. “Anak puan nama apa?”. “Syafiq bin…(saya tak dgr sgt)”.

Ustaz pun jawab “Masyallah puan, Allah lebih sayang Syafiq puan. Allah dah….” belum habis ustaz ni cakap, si ibu kata “Saya nampak Syafiq lalu tadi dengan jubah putih dia ustaz. Saya nampak dia tadi. Saya nak jumpa dia ustaz. Panggil dia sini ustaz…”.

Ibu trauma meraung

Ustaz terkedu dan tergamam. “Insyallah, cuba puan lihat di dalam surau tu kalau2 Syafiq ada kat dalam…pelajar lain semua ada didalam…” sambil ustaz berlalu dan mengelap airmatanya. Ketua Pengarah JAIS yang berjalan seiringan dengan saya turun tangga surau memandang saya sambil kata “kesian…trauma dia..”

IKLAN

Saya hanya mampu angguk. YDP MPAJ Datuk Hamid hanya mampu tunduk. Dah tak mampu nak kata sebab ibu ini jugak awal tadi buatkan saya dan ramai disitu menitis airmata. Dia sentiasa panggil nama anak dia. Ibu mana yamg mampu merelakan anak dia pergi apatah lagi pergi dengan sebegitu rupa.

Itu sebahagian dari suasana yang saya sendiri lihat dan dengar. Nak sabarkan dia pun tak mampu maka saya biarkan saja. Anak lelaki dia puas sabarkan dia dan suruh dia diam. Tak apa, tu anak dia dan wanita tu ibu dia. Wanita-wanita lain juga turut minta dia sabar.

Selain itu:  Kerana Puji Cikgu 'Hensem', Dari Murid Akhirnya Jadi Isteri Cikgu Fizik. Beza Usia 12 Tahun Bukan Halangan

Bangun 5.20 pagi lihat api sudah marak di pintu dorm

Seorang pelajar yang terselamat berkata, bila dia bangun tidur lebih kurang 5.20pg, dia lihat api sudah marak di pintu masuk dorm mereka tidur. Katil dia di belah hujung dan masih jauh dari api.

Kawan-kawannya tak dapat lari keluar sebab pintu dorm sdg marak dgn api. 2 ustaz yang tidur ditingkat sama (ground floor + 2 lagi tingkat. Yang terbakar tingkat atas sekali) sibuk bantu anak2 utk selamatkan diri. Pelajar yang selamat ni cuba pecahkan grill tingkap. Itu sahaja laluan keluar.

Sebaik dapat pecahkan grill, dia panjat keluar dan menggelongsor turun melalui paip air luar bangunan. Hanya murid besar sahaja mampu keluar ikut tingkap. Sebab berpusu-pusu, ada yang terus terjun dengan bantuan orang kampung di bawah.

IKLAN

Aku cuma mintak dia terjun aje

Orang kampung jerit suruh terjun. Mereka tak boleh masuk sebab api dah sangat marak. Tak ramai yang bangun diwaktu begitu.

“Kalau aku boleh masuk, aku dah masuk. Tapi aku pun tak tahu macamana mau masuk sebab api dah selimut pintunya. Aku cuma mintak dia terjun aje. Mana yang dah terjun aku tolong tarik keluar. Ada yang patah, ada terseliuh, ada yang sudah melecur..” kata seorang jiran dengan telo Jawa.

Anaknya sangat rapat dengan murid2 tahfiz ni. “Aku sedih tak dapat tolong, aku hanya mampu dengar mereka jerit minta tolong. Lepas 20 minit dah senyap, tak ada lagi suara jerit dan tingkat atas udah hangus. Bomba pun udah sampai…”

Dah macam adik beradik sebab berjiran

Saya berbual dengan petugas PPIM. Berjiran dengan pusat tahfiz adalah HQ PPIM (Persatuan Pengguna Islam Malaysia). Dia selalu layan anak2 tahfiz ni. “Kadang2 mrk mintak saya, bang ada singgit bang, nak beli air…saya bagi la duit sikit.

IKLAN
Selain itu:  'Saya Masih Terbayang Anak-anak, Hati Saya Luluh, Tak Mampu Masuk Kerja' Luahan Ibu Buat Netizen Sebak

Mereka dah macam adik2 kami sebab mereka sebelah je dgn kami. Kami sgt rapat dgn mereka. Hari ni ramai mereka dah tak ada. Kami sangat sedih” Pejabat PPIM hari ini jadi Markaz Operasi Bomba.

Pusat ini adalah sementara kerana pusat asal mereka terletak diatas bukit Jalan Keramat Hujung sedang diubah suai. Mereka baru berpindah ke sini setahun lalu.

Syurgalah tempat mereka

Pihak MAIWP akan membantu keseluruhan proses urusan jenazah dan rawatan di hospital. Mereka telah meletakkan seorang pegawai kepada setiap satu keluarga mangsa. MB Selangor juga telah tawarkan apa sahaja bantuan diperlukan dan keluarga atau mana mana pihak boleh berhubung terus dengan Ketua Pengarah JAIS.

Ini sebahagian dari pelbagai suasana selama 3 jam saya berada di lokasi kebakaran pagi tadi. Semoga Allah cucuri rahmat keatas roh 22 pelajar dan 2 ustaz pusat tahfiz ini. Pergi mereka membawa bersama amalan-amalan yang mereka pelajari. Syurga lah tempat mereka. Takziah kepada semua ibubapa pelajar pelajar dan ustaz2 tahfiz.

Sumber:  Zack Rahim

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI