Bulan puasa ni mak-mak akan kesuntukan masa untuk memasak bila balik dari kerja. Lagi tension bila terlupa keluar lauk dari peti sejuk beku.

Memang spoil mood untuk memasak.Nak tunggu lauk defrost makan masa, terutama kalau yang tiada ketuhar mikro.

Tapi kalau dah tahu tip ini takkan jadi masalah lagi kalau terlupa keluarkan lauk dari peti sejuk beku.

Menggunakan cara ini, anda hanya perlu lima minit saja untuk menyahbekukan daging. Kaedah ini memang agak rare tapi cukup mudah. Apa yang diperlukan hanya dua buah periuk jenis steel. Caranya:

1. Terbalikkan periuk yang pertama.

2. Letakkan daging yang ingin dilembutkan atas permukaan belakang (bahagian punggung) periuk tadi.

3. Letakkan periuk yang satu lagi di atas daging tadi. (Kedudukan daging diapit oleh dua periuk)

4. Isikan air ke dalam periuk tersebut.

5. Tunggu sehingga daging beku tersebut menjadi lembut. Masa yang diambil bergantung kepada ketebalan daging. (Biasanya 5- 10 minit)

Kenapa periuk logam boleh lembutkan daging? Sebabnya logam khususnya aluminium adalah konduktor haba yang sangat baik. Dan haba yang dihasilkan melalui proses ni cukup kuat nak lembutkan daging tu.

Sumber: http://www.womenshealthmag.com/food/defrost-meat-in-minutes

 


 

KOMEN