Bulan depan ada cuti panjang sempena sambutan Tahun Baru Cina. Rasa dah ramai yang buat perancangan untuk bercuti. Mungkin juga percutian berdua bersama pasangan saja tanpa anak-anak. Ala-ala honey moon gitu. Ha ini yang VK nak cerita.

Ada yang jadikan percutian macam ni rutin setiap tahun tapi tak kurang jugak yang tak sanggup bercuti berdua dan tinggalkan anak. Ya lah kan kalau dah nama mak dan bapak, memang susah nak berpisah dengan anak.

Tak mengapalah penat payah angkut tiga atau empat ‘handbag’ janji dia orang di sisi. Tapi bila tengok kawan kawan bercuti berdua dengan pasangan, ambil gambar peluk peluk, pegang tangan jalan berdua jeles pula. Dilema kan?

Kalau nak adil, buat dua-dua,. Setkan satu percutian khusus dengan pasangan dan rancang jugak percutian dengan anak-anak. Honeymoon dengan pasangan sebenarnya bukan untuk suka suka enjoy lepas dari tanggungjawab. Masa berdua begini penting ya untuk segarkan kembali hubungan suami isteri. Ayat skema kan… tapi betul.

IKLAN

Bayangkan setiap hari kita lebih banyak masa bekerja. Kita spent time dengan pasangan sehari cuma dua tiga jam saja lepas balik kerja. Itu pun sambil-sambil melayan anak. Lepas tu dah penat terus tidur, jadi mana masa berkualiti dengan teman hidup sendiri. Ha…masa bercuti berdua tulah.

Memang ramai pasangan sukar buat keputusan ini bila ingat anak, tapi kena ingat balik bahawa kita buat ini untuk kuatkan ikatan antara suami isteri. Ini juga untuk kebaikan anak-anak kan.

Tapi sebelum pergi bercuti berdua tu kena rancang elok penjagaan anak. Pastikan mereka di bawah jagaan orang yang kita percaya dan diyakini akan selamat. Selagi takde perkara ini, janganlah pergi, takut kita sendiri akan susah hati sepanjang bercuti.

IKLAN
Selain itu:  Pening nak Mengemas Rumah? Ini Panduan Paling Wow Untuk Anda Amalkan

Sebelum berangkat pergi honeymoon kena jelaskan juga pada anak-anak terutama bagi yang dah besar, nanti dia kecil hati pulak. Anak-anak sekarang cepat matang fikirannya walau pun kita nampak dia kecil dia akan faham kalau kita berikan alasan yang jujur.

Selain tu, janganlah bila bercuti asyik kita berdua saja, rancang percutian lain untuk bawa anak-anak pulak. Ini macam bayar balik la. Bercuti dengan anak-anak ni seronok cuma penat sikit terutama yang ada anak kecil. Tak mengapalah kan sebab ari tu kita dah pegi honey moon, dah relaks-relaks. Lagi pun penat sikit takpe, asal dapat tengok anak-anak gembira main tepi pantai atau mandi dalam swimming pool kat hotel. Tak gitu..

IKLAN

Harapnya ada yang terpengaruh dengan fakta yang VK berikan ini untuk berhoneymoon. Pergilah…, seronok!

 

 

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI