Tatkala pasangan suami isteri lain menjadikan percutian atau candle light dinner sebagai usaha mengerat hubungan dan kasih sayang, Irma Hasmie pula punya cara tersendiri yang dilakukan bersama suami.

Semenjak kehadiran anak-anak, pelakon dan pengacara ini merasakan satu keperluan untuk mewujudkan persekitaran al-Quran di rumah.

Justeru tanpa rasa segan Irma membuka kitab al- Quran dan belajar mengaji daripada suami sendiri yang menurutnya lebih mahir daripada dirinya.

IKLAN

“Al-Quran itu mukjizat untuk umat Islam. Ada banyak kelebihan dan keberkatan bila membacanya. Sama seperti solat berjemaah mengaji al-Quran bersama pasangan itu juga merapatkan silaturrahim.

“Saya sendiri banyak belajar mengaji dengan suami selain ikuti kelas khas. Saya baca dan suami akan betulkan bacaan yang salah memandangkan dia lebih mahir mengaji daripada saya.

” Kami lakukannya bila ada masa terluang. Selalunya bila petang hari selepas selesai segala urusan rumah kami buka al-Quran. Dapat baca dua tiga muka surat pun memadai,”ungkapnya.

Jelas Irma lagi bila ada hasrat untuk memperbaiki diri tidak perlu ada perasaan segan atau malu untuk belajar mengaji daripada suami.

“Lagi pun biar malu belajar daripada malu tak tahu. Sebenarnya belajar mengaji dengan suami sendiri ini bantu membina ikatan suami isteri yang lebih kuat. Kesannya sama seperti masa kita mengajar anak.

“Perkara ini saya praktikkan semenjak ada anak-anak. Kami sedar adalah penting untuk membawa persekitaran yang positif ini di rumah demi kebaikan mereka.

“Justeru kami yang kena mulakan supaya anak-anak juga ikut,”ujar ibu kepada dua anak berusia tiga dan empat tahun

‘Saya Baca Dia Betulkan’ Irma Hasmie Akui Belajar Mengaji Dengan Suami Kukuhkan Ikatan Suami Isteri

IKLAN

Ikatan jadi makin rapat

Perkara yang sama turut diakui oleh Noor Marzilah Abdul Muttalib, ibu kepada peserta Qari Junior Musim ke-6 Muhammad Harith Hakimi yang juga antara 24 peserta khas memperdengarkan bacaan al Quran dalam program Malaysia #QuranHour Jun lalu.

Selain itu:  DIY Bakul Roda Pelbagai Guna, Mudah Alih Tak Perlu Angkat

Turut mempraktikkan cara yang sama dengan Irma Hasmie, Noor Marzilah mengakui belajar mengaji daripada suami memberi kesan dalam membina rumah tangga yang harmoni.

IKLAN

“Bonding atau ikatan akan jadi semakin rapat. Ia juga sebenarnya masa berkualiti dengan keluarga daripada kita habiskannya dengan melayan handphone sendiri-sendiri.

“Lagi pun bila kita belajar mengaji depan anak-anak, mereka akan hormat ibu dan ayah yang sama-sama membaca al Quran dan bukan hanya menyuruh anak-anak melakukannya.

“Walau pun suami tegur dan betulkan bacaan saya depan mereka tapi tak mengapa kerana niat itu adalah untuk belajar,”ujar isteri kepada Mohd Rostan Mohamad Nasir.

Jelasnya pada peringkat awal mungkin ada isteri yang berasa segan tapi lama-kelamaan akan menjadi biasa.

“Malah pada masa itu pasangan akan merasai hikmahnya yang membantu mengeratkan ikatan suami isteri,”katanya.

‘Saya Baca Dia Betulkan’ Irma Hasmie Akui Belajar Mengaji Dengan Suami Kukuhkan Ikatan Suami Isteri

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI