Jika ramai yang menyorokkan status isteri kedua, tapi bagi anak kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Nurulhidayah atau panggilannya Nurul Zahid, jodohnya dengan Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff bukan sesuatu yang harus disembunyikan.

Malah perkahwinan yang dilangsungkan di tanah suci Makkah itu mendapat restu isteri pertamanya, justeru tak perlu dirahsiakan.

Kini usia perkahwinan mereka juga sudah menjangkau lebih setahun dan pasangan ini tampak bahagia sekali. Nurul juga tidak berselindung tentang perasaan sayang dan hormat kepada madunya.

Dan dalam satu entri terbaru di instagram sempena hari ulang tahun kelahiran suaminya, Nurul Zahid telah meluahkan rasa syukur ke atas jodoh dengan suami orang yang diatur oleh Allah SWT buat dirinya.  Bagi Nurul aturan Tuhan itu telah membawa banyak rahmat buat dirinya.

Saya Dikurniakan Sahabat & Kakak Yang Baik Iaitu Madu Saya! Jodoh Dengan Dia Adalah Rahmat! Luahan Nurul Zahid Sempena Hari Jadi Suami

Jodoh saya dengan suami orang

Selamat Hari Lahir Sayang! Okay here we go, sebab dia takda IG I just wanna share the best of him to my followers on his birthday.

IKLAN

Suami saya seorang yang sangat penyayang dan taat pada Pencipta, taat pada Ibunya. Allah menjodohkan sy dgn beliau yg berstatus suami org adalah satu rahmat buat sy.

Allah mempermudahkan urusan jodoh kami dan sy juga dikurniakan seorang sahabat dan kakak yg baik iaitu Madu sy. Suamiku, semoga dirimu sentiasa dirahmati, dilindungi, dikurniakan berjuta keberkatan dunia dan akhirat.

Dengan umur yang semakin meningkat, dipohon agar Allah memberikan suamiku kesihatan yang terbaik dari Mu ya Rahim, untuk terus beribadah sebagai hambaNya yang paling taat agar dapat memberikan kebaikan kepada hambaNya yg lain. Ya Allah, sesungguhnya aku menyayangi insan yg bernama Saiful Nizam ini.

Bahagiakan dia sementara dia kau pinjamkan buat aku dan kakak

Aku bukanlah isteri yg sempurna. Berikan aku kekuatan dan kesihatan untuk berbakti kepadanya ya Allah agar suamiku dapat merasai kasih sayangku didunia sebelum dia dikurniakan bidadari yg sempurna buatnya di Syurga kelak. Inshaa Allah.. Ya Rahman, Ya Rahim, lapangkan dada dan ilhamkan suamiku fikiran yg terbaik agar dia tenang dalam mencari rezeki yg halal buat keluarga besar kami.

IKLAN

Tiada apa yang lebih penting selain kebahagiaan suami sementara dia Kau pinjamkan buat aku dan kakak. Kabulkan doaku ya Allah kerana dia suami yang terbaik buatku. Aamiinn Ya Rabb.. (..terima kasih buat yang sudi mengAaminkan doa ini..) ❤️

Terharu kan baca coretan Nurul ini. Tak ramai mereka yang bermadu dapat hidup aman damai dan saling menyayangi. Nurul sendiri selalu berkongsi gambar mereka bertiga dalam instagram, tumpang gembira kita yang melihatnya.

Selain itu:  Tanam Sendiri Cendawan Volvariella Guna Tandan Kelapa Sawit, Lepas 9 Hari Dah Boleh Tuai Hasil

Saya Dikurniakan Sahabat & Kakak Yang Baik Iaitu Madu Saya! Jodoh Dengan Dia Adalah Rahmat! Luahan Nurul Zahid Sempena Hari Jadi Suami

Saya Dikurniakan Sahabat & Kakak Yang Baik Iaitu Madu Saya! Jodoh Dengan Dia Adalah Rahmat! Luahan Nurul Zahid Sempena Hari Jadi Suami

IKLAN

Saya Dikurniakan Sahabat & Kakak Yang Baik Iaitu Madu Saya! Jodoh Dengan Dia Adalah Rahmat! Luahan Nurul Zahid Sempena Hari Jadi Suami

Saya Dikurniakan Sahabat & Kakak Yang Baik Iaitu Madu Saya! Jodoh Dengan Dia Adalah Rahmat! Luahan Nurul Zahid Sempena Hari Jadi Suami

Semoga mereka kekal bersama dan beroleh kebahagiaan dunia akhirat.

Sumber: nurulzahid

 

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI