Penyanyi Shima baru-baru ini mengejutkan peminatnya bila tampil berhijab penuh sekembalinya dia dari menunaikan ibadah umrah. Malah beliau juga dikatakan telah menjual semua baju seksi yang ada dalam koleksinya.

Pemergian ke tanah suci atas tajaan Yayasan Perdana Umrah bersama 22 lagi penggiat seni memang membawa impak yang besar kepada diri penyanyi berusia 49 tahun ini, sebaik pulang dia terus  meninggalkan imej lamanya.

Namun ramai yang tak tahu bahawa apa yang dilakukan itu juga sebenarnya kerana mengotakan janji pada diri sendiri. Ujar penyanyi ini dia pernah berkata pada diri sendiri bahawa dia akan berubah, berhijab sepenuhnya bila dalam menjejakkan kaki ke tanah suci. Ternyata Allah mendengar doanya.

“Niat untuk berhijab sudah lama terpahat di hati saya dan saya pernah berkata pada diri saya sendiri jikalau saya dapat menjejakkan kaki di tanah suci memang saya akan berhijab sepenuhnya. Allah dengar doa saya dan makbulkan doa saya alhamdulillah,”ujar Shima atau nama penuhnya Ku Nazhatulshima Kamarazzaman dalam satu entri di instagram beliau.

Allah dengar doa saya!

 

Beliau turut catat kenangan selama di sana yang ada di antaranya menyentuh hati. Malah dia tidak berselindung amat merindui tanah suci meskipun sebenarnya baru saja kembali ke tanah air dari sana.

IKLAN
Selain itu:  Pindah Rumah Baru Cuci Saja Tak Cukup, Perlu Buat 5 Amalan Ini Termasuk 'Pagar Rumah' Ikut Ajaran Islam

 

Rezeki solat di Raudah walau orang berpusu-pusu

 

Dapat cium dan berdoa depan Kaabah

 

Terharu kerana dapat cium dan berdoa di depan Kaabah amin……. ?

A post shared by Ku Nazatul Shima (@shimagegarvaganza1) on

IKLAN

Dah pulang tapi hati masih di sana lagi

 

Semoga dapat jadi tetamu-Nya lagi

 

Rindu…

 

IKLAN

Tidak akan saya lupakan rindu nak ke sana lagi in shaa allah……

A post shared by Ku Nazatul Shima (@shimagegarvaganza1) on

Shima yang baru

 

Pagi tadi di hadapan rumah bonda bersama suami dan Ain ?

A post shared by Ku Nazatul Shima (@shimagegarvaganza1) on

 

Selain itu:  Terima PhD Selepas Anak 7 Orang, Ustazah Datuk Dr Norhafizah Inspirasi Muslimah Beauty With Brain

Sumber: shimagegarvaganza1

 

 

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI