Bukti kasih sayang seorang isteri, tiada yang dapat menghalang bila cinta sudah bersemi kukuh di hati. Tidak sedikit pun terkesan dengan keadaan wajah suami yang berubah.

Demikian hebatnya cinta seorang isteri bernama Nurr Hidayah Hassan. Sejak semalam kisahnya tular di media sosial gara-gara dia memuat naik foto bersama suami yang mengalami masalah kulit yang serius.

Ramai yang terkejut dan bersimpati dengan apa yang dilalui tapi tak kurang juga yang tak sanggup untuk melihatnya.

Namun buat Nurr Hidayah sebagaimana teruk sekali pun keadaan suaminya dia akan tetap setia di sisi menjaganya.

Ujar wanita ini dia memuat naik gambar tersebut bukan untuk mencari simpati tapi sekadar berkongsi pengalaman seorang isteri menjaga suami yang bertarung nyawa melayan penyakitnya.

Dalam status di Facebook Nurr Hidayah turut bercerita tentang apa yang terjadi pada suami dan juga dugaan yang harus dilalui sebagai isteri.

Berikut adalah luahan yang VK petik daripada Facebook Nurr Hidayah.

Berpunca dari alahan ubat akibat sakit mata

“Gambar ni masa awal-awal lepas suami beransur pulih. Masa baru buat Facebook ni takut nak upload sebab saya tak nak orang kutuk suami saya.

Tiap kali upload gambar berdua pasti saya tutup muka suami, tiap kali itu juga lah orang tertanya-tanya kenapa tutup muka. Sampailah satu saat saya tunjuk muka suami, semua terkejut.

Semua nak menangis dengan dugaan yg saya alami. Tapi apa nak kata Allah masih sayang saya. Masih sayangkan perkahwinan kami yg degil ni.

Dari hari ke hari kulit semakin pulih. Cuma keadaan mata yg semakin teruk. Moga ada keajaiban aminn. Tak pernah tak sayang. Cinta halal kasih sampai syurga jannah.

Buat yg tak tahu, sakit suami saya bukan sakit kulit ya. Punca dari sakit mata, alergik dgn ubat terus burn satu badan. Alergi yg dialami paling teruk, Steven Johnson Syndrome.

Sakit yg jarang org kena dan sakit yg susah dirawat. Allah memberi sakit, Allah la penawar 1001 sakit dlm dunia ini. Allah uji sebab Allah sayang pada hamba-hambaNya. Aminn. Moga aku kuat utk harungi masa akan datang. Jauh lagi perjalanan kami. Hasbunallahuawanikmalwakil…

Doakan mata suami saya dapat melihat macam dulu ya, dapat sebelah pun jadilah. Jgn mengeluh jika diuji sebegini. Bersyukurlah. Jika kita rasa apa yg Allah duga ini sgt teruk, ada yg lagi teruk dari ini.

Saya redha saya ikhlas saya tak dendam, saya nak suami dapat melihat macam dulu walaupun sebelah mata. Dia tak dapat kerja pun saya tak kisah, janji dia dapat melihat isteri dia yg comel ni.  Duit bole dicari, kasih sayang sampai mati. Moga diri ini kuat cari rezeki walau rezeki online dari rumah.”

Harap dia dapat melihat macam dulu, sebelah pun jadilah

Dalam pada itu kata Nurr Hidayah, gambar yang dikongsi di Facebook semalam merupakan gambar ketika awal tahun lalu ketika suaminya dimasukkan ke hospital pada bulan Januari. Dia tidak sanggup berkongsi gambar ketika awal suaminya sebelum itu kerana keadaannya cukup teruk.

“Awalnya saya tak berkongsi gambar kerana keadaan suami saya sangat mengaibkan (wajah suami ketika dalam ICU). Yg mana tahu, tahulah, tak perlu saya kongsi. Sekarang keadaan suami luaran memang nampak ok tapi dalaman hanya Allah saja yg tahu.

Disebabkan alergi ubat suami saya kehilangan penglihatan, suami saya hilang punca pendapatan, suami saya tak boleh sara kehidupan kami.

Saya tidak minta simpati, saya memang jenis suka share aktiviti sy di media social, tak sangka pula viral. Tapi hati isteri mana tak sedih melihat suami yg dulu sempurna fizikalnya kini hidup dalam keadaan org kurang upaya. Cukup anda tahu seburuk mana suami saya, saya takkan tinggalkan dia.

Saya akan jaga suami saya sampai akhir hayat saya. Cuma doakanlah suami saya dapat melihat seperti dulu walau hanya sebelah mata. Orang tak lalui apa yg saya rasa. Terima kasih atas doa-doa kamu semua.”

Demikian luahan Nurr Hidayah yang dipetik dari dua statusnya. Namun dalam perkembangan terbaru, kata Nurr Hidayah  statusnya yang tular itu telah mendapat perhatian pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat dan juga Majlis Agama Islam Melaka.

Credit : Datin Nurr Hidayah Hassan

 

Artikel Berkaitan

Tinggalkan Komen

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error: