Perkongsian seorang guru bernama  Haatim Roslan tentang keadaan generasi kita sekarang yang sebenarnya sudah tenat. Sebagai guru yang tugasnya mendidik beliau menyeru agar ibu bapa memainkan peranan sebenar dalam membina akhlak terbaik untuk anak-anak.

Generasi yang tenat

Mari lihat balik peristiwa yang berlaku sepanjang tahun 2017.

18 Feb : 8 nyawa remaja melayang dirempuh kereta di lebuhraya pada jam 2 pagi.

1 Jun : Seorang siswa UPNM dibuli dan diseterika seluruh badannya sehingga mati

10 Jun : JPN mengesahkan hampir 500K lebih anak luar nikah daripada tahun 2006 sehingga Jun 2017.

10 Jun : T. Nhaveen dibuli dan dipukul sehingga parah sebelum meninggal dunia oleh 5 remaja.

IKLAN

14 September : 7 remaja ditahan kerana telah menyebabkan kebakaran Pusat Tahfiz Ittifaqiyah dan menyebabkan 20 orang mati syahid. Dan diantara suspek masih dibawah umur.

Ada banyak lagi peristiwa lain… Bukalah mata. Something wrong pada generasi yang kita lahirkan sekarang.

Bukannya masa untuk menuding kesalahan pada sesiapa. Dan masih tidak terlambat untuk mengubahnya

Awamnya tahu, pendidikan itu bermula di rumah. Kanak-kanak akan melihat dan belajar daripada suasana keadaan persekitarannya dalam meniti usia remaja.

Kata Baginda saw.
مَا مِنْ مَوْلُودٍ إِلَّا يُولَدُ عَلَى الْفِطْرَةِ فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ وَيُنَصِّرَانِهِ وَيُشَرِّكَانِهِ
“Tidaklah seorang bayi yang dilahirkan melainkan dalam keadaan fitrah, maka Kedua orang tuanyalah yang menjadikannya Yahudi, atau Nasrani atau Musyrik.”

IKLAN

Ibu bapa bantulah kami guru bentuk akhlak terbaik

Saya berpesan pada ibu bapa bantulah kami guru untuk membentuk akhlak yang terbaik buat anak-anak kalian.

1. Hindarilah perkataan yang tak elok.
2. Lazimilah anak-anak sejak dari lahir untuk mendengar ayat-ayat suci Quran
3. Selalulah menasihati anak-anak.
4. Ajarlah anak menutup aurat dengan sempurna
5. ‘Ada’ kan masa untuk bersama keluarga.
6. Paksalah anak untuk solat.

Selain itu:  4 Langkah Ibu Bapa Perlu Buat Jika Hidung Anak Berdarah

Lihatlah keadaan dunia sekarang. Jangan terlalu alpa mengejar harta sampai terlupa harta yang lebih bernilai didepan mata.

Anak adalah aset dan pemberi syafaat dihari yang mana harta sebesar dunia pun takkan dapat membantu lagi,

IKLAN

Semoga kita, dapat bersatu kembali diakhirat nanti sebagai sebuah keluarga tanpa ada yang tertinggal. Doa saya.

رَبَّنَا هَبۡ لَـنَا مِنۡ اَزۡوَاجِنَا وَذُرِّيّٰتِنَا قُرَّةَ اَعۡيُنٍ وَّاجۡعَلۡنَا لِلۡمُتَّقِيۡنَ اِمَامًا‏

Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami, pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyejuk hati , dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa

Akhir kata,
Tepuk dada, tanya iman.
Anak jenis apa yang kamu ingin lahirkan?

Sumber: Haatim Roslan

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI