Gadis Ini Kongsi Pengalaman Travel Seorang Diri Ke Eropah Selama Sebulan

Gadis Ini Kongsi Pengalaman Travel Seorang Diri Ke Eropah Selama Sebulan

 

Melancong sorang-sorang? Perempuan pulak tu, rasanya tak ramai yang sanggup buat begini kerana memikir keselamatan di negara orang.

Tapi gadis ini berani. Kali pertama melancong ke luar negara secara solo dia ke Eropah. Bukan seminggu dua tapi sebulan.  Melalui akaun Facebook miliknya menggunakan nama Pejey Hsm dia berkongsi tip untuk anda yang berhasrat  melakukan perkara yang sama.

Kalau dulu selalu je angan-angan nak travel ke luar negara. Tp takde duit, nak pergi genting pun x mampu apetah nk pergi luar negara. Saya nak cerita pengalaman saya melancong bermula pada tahun 2013 sampai sekarang masih mencari peluang untuk sampai ke seluruh negara.

Ada rezeki lebih,pertama kali keluar melancong terus pergi Europe selama sebulan. Tanpa pengalaman sy travel seorang tapi menumpang keluarga kwn sy di Ireland.

Ada sedikit tips untuk korang yang nak melancong seorang diri atau berdua dengan kawan!

1. Cuba cari kenalan yang belajar di luar negara

Boleh tumpang rumah dorang. Saya jumpa dengan kwn sy di airport Amsterdam, kami berjanji untuk jumpa di airport tetapi saya lupa nak tanya nanti nak jumpa dekat mana, sampai je airport Schiphol tu terkejut sbb airport dia bsr sgt!! Ha sudah, wifi xde.

Semua lock dgn password. Tawakal, jalan-jalan and pusing-pusing akhirnya jumpa jugak kwn sy tu. Then dari situ kami travel berdua guna eurail pusing2 Italy then Swiss lps tu balik Edinburgh.

2. Be careful of the pickpockets

Jangan cepat kesian dekat budak-budak yang kononnya muslim dekat Paris tu. Dorang guna agama untuk dekat dgn kita kemudian buat kerja pickpocket dia tu, sgt sgt cepat ok. Saya pernah kena tp nasib baik sempat tangkap.

3. Install local language apps just incase!

So kalau melancong ke negara yang tidak guna English kena prepare awal-awal tau perkataan basic.

4. Religion issues

Kalau bertudung ni, sbrnya mmg akan selalu ada issue. Tp yg bagusnya, kadang-kadang orang x pandang pun, mcm tak wujud terus kita ni. Tp kalau ada yg anti Islam, mmg dia maki kita rileks je.

Pernah kami cuba amik wudhu’ di toilet airport Paris, cleaner dia halau terus kot? Lepas tu kalau kita nak tanya apa-apa org dia akan pura-pura xpaham english. Mmg mencabar!

5. Kena ready mental & physical

Tidur dekat train station tu biasa lah. Tp tidur pn berjaga-jaga. Sbb kami perempuan kan, bimbang jugak. Dalam train pun ada sexual harassment tapi kami berjaya selamat kan diri. X de orang nak tolong ok. Tp Allah permudahkan semua.

6. Sabar tu penting!

Kalau tetiba ATM xleh keluarkan duit sbb berbeza time zone, terlepas bus, terlepas train jangan cepat melatah, sebab secara tak langsung korang akan terjebak ke dalam ‘unplanned trip’ and explore.

7. Try to communicate with the locals

Kalau pergi ke mana-mana kedai, cuba jadi friendly, tanya khabar dia, wish yg baik-baik dekat dorang, benda macam tu akan reflect balik dekat kita nanti orang pun akan ceriakan hari kita dengan benda-benda baik. Smile & Say Hello!

8. Cuba bersikap terbuka

Apabila travel ke negara yang budayanya berlainan dengan kita ni, agak mencabar sebenarnya. Ada yang pernah tanya saya psl Islam, tanya apa yang al Quran tulis, ada yang perlekeh sbb pakai tudung so i can’t enjoy my life and etc.

Listen to the opinions you don’t agree with, and smile. Kita pun tak boleh judge gaya hidup dorang. Inilah pembelajaran yg kita dapat melalui mengembara.

9. Slow down

Jangan plan 6 negara 6 minggu untuk travel. All the good stuff happens when you really take the time to explore. I can honestly say that NONE of my best travel experiences happened within the first few days of arriving somewhere. Spend more time in fewer places for maximum enjoyment.

10. Take a lot of photos!

Jangan lupa. saya share ya gambar2 travel ni. Sorry kalau ayat tidak tersusun, xpandai sgt ? Tapi nak share.

Kalau dulu takde pengalaman travel banyak duit habis. Sekarang dh pandai manage & selalu follow tips dlm BBM. Kalau dulu kerja habiskan duit dengan travel, sekarang tgh cuba dapatkan balik duit tu dengan jadi freelance tour guide ke Maldives. Lepas tu baru kita sambung travel balik ke negara lain!

Have a good day ahead everyone! Siapa tahu, one day kita terserempak di mana mana negara kan?

Kalau fikirkan ok, jugak travel sendiri, tak perlu ikut masa rakan yang sentiasa tak kena dengan cuti kita.

Sumber: Facebook Pejey Hsm

 

 

 

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: