Antara perkara yang boleh buat kaum ibu tension waktu berada di dapur adalah bila singki atau saluran air tersumbat.
Boleh bertimbun pinggan mangkuk dan ‘kecah’ dapur dibuatnya bila air melimpah dari singki. Kalau ahli keluarga pulak ramai dan kegemaran mereka makan apatah lagu. Memanglah perlu diselesaikan cepat masalah ini.
Selalunya kita akan guna pam atau pencuci khusus yang dijual di kedai pun untuk mengatasi masalah singki tersumbat, dan kalau serius sampai terpaksa panggil plumber yang upahnya boleh mencecah beratus ringgit.
Tapi sebelum marah-marah atau panggil plumber mak-mak boleh cuba cara yang dikongsi oleh Damia Hannah ini.
Menggunakan tiga bahan yang biasa ada di dapur iaitu cuka, baking soda dan air panas masalah singki, saluran bilik air ataupun longkat tersumbat pun boleh settel. Paling best tak berpeluh pun nak selesaikan masalah ini.
Salur bilik air akak tersumbat baru-baru ni, dah dekat 4 hari. Then baru teringat skill ni. tapi sebelum tu tak confident sebab dulu tak teruk macam ni. Yang ini block habis sinki. Longkat luar pun tersumbat.
Sebelum ini akak dah pernah tunjuk skill ni tapi takde video, now dapatlah buat testimoni sekali lagi. Disebabkan terlalu teruk akak beli 2 baking soda.
Cara-cara
1) Tuang baking soda dgn penuh kasih sayang dan kesungguhan.
2) Then masukkan pulak cuka. Tengok kemeluapannya. Tunggu jap 5 minit.
3) Masa ni saya off video pegi ambil air panas dan curah air panas yg baru menggelegak tu…. ! Pastikan panas tahap mggigil nak bawak tau.
4) Sabar tunggu .. akak punya proses ambik masa 1/2 jam lebih (Sempat pergi solat masa ni) selesai solat dengar bunyi gelegak dan air turun serta merta.
Info Penting! Jangan harap dapat hasil serta merta. Kena tunggu 30 minit barulah akan dengar bunyi air mengalir kembali.
Hasilnya
Saja nak enterframe selepas berjaya. Tak payah pening panggil plumber. Selamat mencuba.
Sumber: Damia Hannah
Ketepikan Penat, Ayuh Lakukan 8 Amalan Ini Pada 10 Malam Terakhir Ramadan
Pejam celik, kita dah memasuki 10 malam terakhir bulan Ramadan dan seharusnya ia menjadi malam pecutan untuk kita melakukan ibadah.
Walau pun ramai kaum wanita terasa lebih penat pada bulan Ramadan ini namun pada malam-malam terakhir ini ketepikanlah perasaan itu. Jangan jadikan penat sebagai alasan dan penghalang kita meraih ganjaran istimewa yang ditawarkan Allah SWT.
Pada 10 malam terakhir ini Allah s.w.t menjanjikan akan hadir satu malam istimewa iaitu ‘Lailatul Qadar’; malam yang lebih baik dari seribu bulan.
Disebabkan itulah Rasulullah s.a.w mengajar umatnya untuk memaksimumkan amal ibadah dalam malam-malam terakhir ramadan dengan sebaik-baiknya. Saidatina Aisyah r.a pernah berkata;
“Adalah Rasulullah s.a.w sangat bersungguh-sungguh pada sepuluh malam terakhir, suatu hal yang beliau tidak bersungguh-sungguh (seperti itu) di luar (malam) tersebut.”
Antara amalan yang sangat dianjurkan dan diamalkan oleh Baginda adalah;
1. Berqiamulail
Berqiamulail adalah dengan mendirikan solat malam dan mengisi malam hari dengan pelabagai ibadah kepada Allah s.w.t. Rasulullah s.a.w bersabda;
“Barangsiapa yang berdiri (untuk mengerjakan solat) pada Lailatul Qadar kerana keimanan dan mengharapkan pahala, akan diampuni untuknya segala dosanya yang telah lalu.”
2. Membaca Al Quran
Bulan Ramadan juga adalah bulan al Quran, selain terdapat keutamaan dalam membacanya, bulan Ramadan juga adalah bulan yang turunnya al Quran.
Allah s.w.t berfirman dalam surah al-Baqarah; “Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan Al-Quran.” Surah al Baqarah:185
Setiap umat Islam mestilah membacanya, menghayatinya, mempelajarinya dan menjadikan al Quran sebagai panduan hidup.
3. Beriktikaf
Itikaf bermaksud berdiam di masjid dengan tujuan untuk beribadah kepada Allah s.w.t. Perbuatan iktikaf adalah sunnah Baginda s.a.w pada bulan Ramadan atau di bulan-bulan lain, namun iktikaf adalah lebih khusus dilakukan pada bulan Ramadan.
Disebabkan itu, Rasulullah s.a.w banyak beritikaf pada sepuluh malam terakhir seperti yang diterangkan melalui hadis dari Saidatina Aisyah r.a;
“Sesungguhnya Nabi s.a.w beritikaf pada sepuluh malam terakhir Ramadhan hingga beliau wafat, kemudian isteri beliau beritikaf setelah itu.”
4. Banyak berdoa
Doa adalah ibadah yang juga merupakan sifat para nabi dan rasul serta ciri-ciri orang yang soleh.
Doa pada bulan Ramadan akan mudah dimakbulkan oleh Allah s.w.t, jadi berdoalah sebanyak-banyaknya pada 10 malam terakhir Ramadan. Firman Allah;
“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” Surah al-Baqarah:186
5. Banyak beristighfar dan bertaubat
Dalam melalui 10 malam terakhir, lakukanlah solat sunat taubat, termasuklah banyak beristighfar kepada Allah s.w.t. Taubat dan istighfar adalah amalan yang sangat dituntut. Allah s.w.t berfirman;
“Dan bertaubatlah kalian seluruhnya kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kalian beruntung.” Surah an-Nur:31
6. Mengerjakan umrah
Umrah di bulan Ramadan merupakan amalan sunnah Rasulullah s.a.w. Ibadah ini juga merupakan amalan para solehin yang mengandungi banyak kelebihan dan keistimewaan. Nabi Muhammad s.a.w bersabda; “Umrah pada bulan Ramadhan menggantikan haji bersamaku.”
7. Kurangkan tidur pada 10 malam terakhir
Baginda Rasulullah s.a.w banyak menghidupkan 10 malam terakhir Ramadan dengan pelbagai ibadah. Diriwayatkan dari Aisyah berkata; “Pada sepuluh terakhir bulan Ramadan Rasulullah s.a.w lebih giat beribadah melebihi hari-hari selainnya.” Hadis Riwayat Imam muslim
8. Membantu keluarga untuk beramal soleh
Dalam hadis Abu Dzar bahawa; Baginda s.a.w melaksanakan solat malam bersama kaum muslimin pada malam 23 dan 25.
Disebutkan juga Baginda s.a.w mengajak kaum keluarga dan isteri-isterinya pada malam 27 secara khusus. Baginda bersungguh-sungguh membangunkan mereka di malam-malam ganjil yang diharapkan dapat bertemu dengan Lailatul Qadar.
Sebagai umat Islam, rebutlah keberkatan dan janji Allah s.w.t yang tentang istimewanya malam Lailatul Qadar. Bukan itu sahaja, banyakkanlah ibadah dengan niat untuk dinilai akan segala kebaikan itu di akhirat kelak.
Panduan Solat Tarawih Paling Ringkas Di Rumah Untuk Ibu Ada Anak Kecil
Meski teringin untuk menunaikan solat tarawih di masjid yang tentunya lebih besar ganjaran kerana berjemaah pada bulan Ramadan ini namun tanggungjawab sebagai ibu menyebabkan ada wanita terpaksa memendam hasrat tersebut.
Tapi Islam itu memudahkan, walaupun tidak dapat melaksanakannya di masjid berjemaah, kaum ibu terutama yang punya anak kecil boleh saja melakukannya di rumah dengan cara yang ringkas. Lebih dari itu solat di rumah itu sebenarnya lebih afdal bagi kaum wanita.
Solat tarawih didirikan selepas menunaikan solat Isyak dan waktunya berpanjangan sehingga akhir malam. Jadi kaum ibu boleh menunaikannya selepas anak kecil tidur dan selesai melakukan kerja rumah agar dapat mengerjakan solat dengan tenang.
Bagi ibu yang punya anak kecil dan sukar ditinggal lama maka boleh melakukan solat sunat tarawih yang paling ringkas ini di rumah.
Panduan solat tarawih ringkas, sendirian di rumah
● Niatnya :
أ ُصـَــلـِّــى سـُــنـَّـَــة َ الــتـَّـَــرَاو ِيـْــح ِ رَكـْــعـَــتـَــيـْــن ِ لـِــلـَّـَـه تـَــعـَــالـَــى
“Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”
● Bacaan-bacaan di dalam solat adalah sebagaimana yang biasa dibaca dalam solat-solat yang lain, yang berbeza dalam solat terawih ini ialah niatnya sahaja.
● Rukun-rukun dan sunat-sunat di dalam solat, ia sama seperti dalam solat-solat yang lain. Apa yang wajib adalah surah al Fatihah, surah surah berikutnya adalah pilihan kita dan ia adalah sunat.
● Oleh kerana solat tarawih dilakukan dua-dua rakaat, maka setiap dua rakaat hendaklah memberi salam dan kemudian bangun mengerjakan lagi dua rakaat hinggalah sempurna bilangan rakaat yang dikehendaki (lapan, 20 atau sebagainya).
● Segala bacaan di luar solat, seperti selawat dan doa tidak termasuk amalan solat tarawih, tetapi hanya selingan antara solat.
Tidak ada larangan untuk berselawat atau berdoa, jika cara dan adab melakukannya baik. Dan ia tidak menjejaskan solat tarawih jika ditinggalkan.
Panduan solat sunat witir
Solat tarawih diikuti oleh solat witir. Ia adalah salah satu solat sunat yang sangat dituntut untuk dikerjakan. Hukum solat Witir adalah Sunnat Muakkad.
Jumlah maksima solat witir itu ialah 11 rakaat (6 salam), sebaik-baiknya 3 rakaat (2 salam) dan sekurang-kurangnya satu rakaat sahaja.
Jika berniat hendak melakukan qiyamullail, boleh tangguhkan solat witir selepas selesai qiyamullail tersebut kerana solat witir adalah penutup kepada solat-solat sunat yang lain.
● Niat Solat Sunat Witir Dua Rakaat
أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
“Aku solat sunnat witir dua rakaat kerana Allah Taala”
● Niat Solat Sunat Witir Satu Rakaat
أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَةً لِلهِ تَعالىَ
“Aku solat sunnat witir satu rakaat kerana Allah Taala”
● Zikir Selepas Solat Witir [30 kali]
سُبْحَانَ اللَّهُ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ
● Doa Solat Witir
“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu,dan aku berlindung dengan kemaafanMu daripada balasanMu,
dan aku berlindung denganMu seperti pujiMu sendiri ke atas diriMu.
Maka segala pujian dan sanjungan sehingga Engkau redhai…
Sumber: www.islamituindah.com
Gaun Unik Curi Tumpuan Tapi Kejayaan Usahawan Wanita Ini Lagi Luar Biasa. Terima Anugerah Tertinggi Kerana Catat Jualan RM 228 Juta!
Dua tiga hari lalu ramai peminat fesyen yang meluahkan rasa kagum dengan gaun unik yang dihasilkan oleh Datuk Rizalman buat usahawan Norhaili Ahmad Mokhtar.
Hamil 7 bulan tapi gaun yang direka langsung tidak menampakkan perut wanita yang dikenali sebagai @ellybillionaire di instagramnya.
Norhaili, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif EB Champions United, sebuah syarikat perniagaan unit amanah saham ini tampil cukup bergaya dan anggun sekali dengan gaun putih pilihannya.
Meski ada juga komen negatif terhadap ilham Datuk Rizalman ini tapi tolak tepi semua itu kerana empunya diri cukup berpuas hati.
Dan rasanya apa yang lebih penting untuk ditonjolkan selain gaun yang digayakan adalah pencapaian usahawan wanita ini.
Sudah bergelar jutawan sejak usia 25 tahun lagi, gaun istimewa ini dikenakan untuk majlis Malam Anugerah Public Mutual 2018 yang mana beliau menerima penghargaan tertinggi.
A post shared by Norhaili Ahmad Mokhtar (@ellybillionaire) on
Berbaloi dengan perjuangan 10 tahun
Norhaili menerima anugerah Juara Pengurus Agensi Kumpulan dengan nilai jualan kumpulan sebanyak RM228 juta pada 2017. Satu angka yang cukup mengagumkan bagi usahawan Melayu yang berjuang dalam organisasi milik kaum Cina!
Kegembiraan menerima anugerah tersebut dikongsi oleh Norhaili dalam instagramnya baru-baru ini.
“Saya memberi segalanya untuk memperoleh kemenangan ini. Ia kemenangan yang dihasilkan dari kerja keras, dedikasi dan komitmen.
“RM228 juta pada tahun 2017 adalah satu angka yang luar biasa bagi agensi bumiputera yang berjuang dalam organisasi milik kaum Cina. Untuk ini saya memilih pereka yang betul-betul memahami karakter saya sejak 10 tahun lalu, Datuk Rizalman.
“Saya jelaskan kepadanya apa yang saya mahukan untuk gaun ini. Sesuatu yang berbaloi dengan perjuangan saya selama 10 tahun.
“Saya minta dia mencipta pakaian yang dapat melindungi kandungan saya berusia tujuh bulan. Saya mahu ahli kumpulan saya berasa saya tetap bertenaga. Ternyata saya dapat apa yang saya mahukan,”ujar Norhaili.
Sumber: ellybillionaire