Kalangan kaum wanita sekarang ramai sungguh yang jadi pengikut drama adaptasi novel Jangan Benci Cintaku (JBC) yang kini sedang trending dengan watak Husna.

Namun begitu apa yang menariknya baru diketahui bahawa penulis novel itu sebenarnya merupakan seorang doktor, bukan Melayu pula tu.

Dr. Emelyne Bani Anak Jam, 32, atau lebih dikenali dengan nama pena Emy Roberto juga bukanlah orang baru dalam penulisan novel. Dia sudah menghasilkan lapan  buku termasuk Jangan Benci Cintaku  yang dihasilkan pada 2012.

Bertugas di bahagian Pusat Penyelidikan Klinikal, Hospital Queen Elizabeth 2 (QEH2) kita jadi tertanya-tanya sebenarnya macam manalah dia mencari masa untuk menulis.

Tapi kesibukan bukan halangan jika aktiviti itu jadi sebahagian dari hobi. Kata Dr. Emelyne, penulisannya bermula dengan menulis di blog yang diwujudkan oleh suaminya.

“Ia bermula dengan minat membaca dan ketika itu didorong oleh suami, kenapa tidak saya hasilkan bahan bacaan sendiri.

IKLAN

“Sejak itu, saya mula menulis di blog yang diwujudkan oleh suami dan akhirnya dapat menghasilkan novel. Setakat ini, sudah lapan buku saya tulis dan JBC dihasilkan ketika saya berada di tahun akhir dalam pengajian dalam bidang perubatan.

“Kebanyakan idea untuk menghasilkan buku adalah hasil inspirasi daripada kehidupan umum masyarakat kita. Memang ada terjadi, namun bukan membabitkan mereka yang hidup atau mati,” kata anak kedua daripada tiga beradik itu.

“Tak semestinya Imej Husna Yang Bertudung Itu Baik, Itu Yang Mahu Saya Sampaikan”- Dr Emelyne

“Tak semestinya Imej Husna Yang Bertudung Itu Baik, Itu Yang Mahu Saya Sampaikan”- Dr Emelyne
Dah berumahtangga orangnya!

 

IKLAN

Mengulas mengenai drama yang JBC yang menjadi trending hingga ramai yang berasa geram dengan Husna katanya Emy berkata, dia sebenarnya ingin menyampaikan kepada masyarakat bahawa kisah rumah tangga seperti itu wujud.

Dalam drama terbabit boleh dilihat bagaimana Rafeeqa (Zahirah Macwilson) menyelesaikan masalah rumah tangga dengan Shahrizal (Saharul Ridzwan) yang diganggu orang ketiga iaitu Husna (Niena Baharun).

Selain itu:  Tanah Kecil, Bukan Lot Banglo, Aishah Terus Kecewa Dengan Janji Manis Penaja Hadiah

“Tidak semestinya imej dibawa Fiqa tidak baik dan tidak semestinya imej Husna yang bertudung adalah baik, itu yang saya mahu sampaikan kepada masyarakat,” katanya yang hanya menyedari drama itu trending selepas minggu kedua ia ditayangkan.

“Tetapi bagi saya, pelakon harus diberi kredit kerana mereka berjaya membawa watak itu sehingga mencetuskan trending,” ujarnya lagi memetik laporan dalam portal Harian Metro.

IKLAN

“Tak semestinya Imej Husna Yang Bertudung Itu Baik, Itu Yang Mahu Saya Sampaikan”- Dr Emelyne

“Tak semestinya Imej Husna Yang Bertudung Itu Baik, Itu Yang Mahu Saya Sampaikan”- Dr Emelyne

 

Sumber: Harian Metro

 

 

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI